#PRKKajang: Awwww!! @ZaidIbrahim Selak Skrit @RafiziRamli!! #Kajang
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli untuk menuduh beliau melobi kerajaan negeri Selangor bagi pihak rakan-rakannya sebelum ini.
Zaid berkata, tuduhan itu sengaja ditimbulkan bagi memberi gambaran bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi kepentingan sendiri.
"Saya berasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya melalui Rafizi yang kononnya saya melobi kerajaan negeri untuk kawan-kawan, hanya hendak menggambarkan saya baik dengan Menteri Besar Selangor.
"Saya ingin tegaskan sejak Khalid menjadi Menteri Besar, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid.
''Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blognya hari ini.
Rafizi semalam mendedahkan kepada umum dua e-mel oleh Zaid kepadanya pada 2010 yang meminta beliau memajukan kepada Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.
Menjelaskan perkara itu, Zaid yang menawarkan diri bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini berkata, beliau ketika itu hanya mahu membantu syarikat tersebut atas kapasitinya sebagai ahli politik yang sewajarnya menolong pihak yang memerlukan.
"Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi bukan bererti saya melobi. Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan sendiri, saya boleh terus berjumpa dengan Menteri Besar atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.
"Sebagai orang politik, bagi saya meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya," soalnya.
Katanya, oleh kerana tiada kepentingan dalam urus niaga berkenaan, beliau sehingga hari ini tidak mengetahui status permohonan syarikat yang dikatakan dilobinya itu.
Zaid berkata, pada pandangannya, tuduhan Rafizi itu merupakan 'kerja' Anwar yang sebenarnya bimbang mengenai cabaran beliau di Kajang, bukannya MCA atau Barisan Nasional (BN).
"Bagi saya Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya," katanya. -UM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


