Tuesday, April 30, 2013 / Labels: politik
#GE13 - Peringatan Pakar Kepada Nik Aziz... #TukarKelantan!!
Pakar Kesihatan Nasihatkan Calon PRU-13 Jaga Kesihatan Semasa Berkempen
KUALA LUMPUR Seorang pakar perunding kardiologi menyarankan calon-calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) supaya mengutamakan penjagaan kesihatan masing-masing dalam kesibukan mereka berkempen.
Datuk Dr Mohamed Rafiq Ibrahim Marican daripada Pusat Penjagaan Jantung Kuala Lumpur berkata, selain mengambil pemakanan seimbang, mereka juga harus meluangkan masa untuk mendapatkan rehat secukupnya.
"Ketika berkempen, biasanya masa seolah-olah tidak mencukupi disebabkan terpaksa mengikuti jadual padat untuk aktiviti berkempen. Ekoran itu, ramai yang mengabaikan faktor pemakanan seimbang seperti tidak mengambil sarapan.
"Kesihatan penting dan merupakan antara penyumbang utama dalam membina keyakinan semasa berkempen. Sudah tentu rakyat tidak mahu memilih calon yang sering sakit," katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.
Dr Mohamed Rafiq, yang juga Pensyarah Kardiologi dan Perubatan di Universiti Antarabangsa Quest di Perak, turut menasihatkan calon-calon PRU13 supaya banyak minum air dan mengambil makanan berkhasiat termasuk pemakanan tambahan menambah tenaga dan mengelak kekurangan air dalam badan.
"Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti lelah dan kencing manis, saya sarankan mereka supaya sentiasa membawa ubat-ubat berkaitan dan mengambilnya mengikut waktu yang ditetapkan," katanya.
Dr Mohamed Rafiq berkata setiap orang berpotensi untuk menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan darah tinggi tanpa sebarang tanda awal.
Justeru, katanya pengurusan stres juga amat penting kerana tekanan perasaan boleh mempengaruhi kesihatan seseorang.
"Akibat daripada perasaan terlalu gembira dan terlalu sedih, ia juga boleh mencetuskan penyakit darah tinggi dan sakit jantung.
"Biasalah ketika berkempen pelbagai perasaan akan timbul, sama ada terlalu gembira setelah mengetahui keputusan pada hari pengundian kerana dipilih ataupun yang kalah akan berasa susah hati," katanya.

Saturday, February 23, 2013 /
Pedulikan Kata Kesat Nik Aziz, Agenda BN Terus Bantu Rakyat Kelantan! -TokPa
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan itu juga akan terus diagihkan secara sama rata tanpa mengira fahaman politik setiap individu.
Beliau berkata, kata-kata kesat yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz tidak akan mempengaruhi Barisan Nasional (BN) sebaliknya agenda pembangunan rakyat akan sentiasa diutamakan.
"Tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat. Kita bertanggungjawab meringankan beban rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi wang kepada 35,000 rakyat Kelantan yang memerlukan.
"Mereka yang tidak mampu, terlantar di hospital, yang sakit kronik atau anak ramai diberi bantuan, jadi kebajikan rakyat terjaga dan inilah negara kebajikan.
"Rakyat yang memerlukan bantuan sama ada JKM, bantuan persekolahan, biasiswa, ini tanggungjawab kita yang kita akan teruskan walau apa sekalipun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UM
Monday, January 21, 2013 /
BN Memerintah Kelantan Berubah - Ini 'JANJI DITEPATI', Bukan 'MANIFESTO BUKAN JANJI'...
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan
mstar
KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia memenangi Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sebagai sebahagian daripada manifesto negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek itu akan meningkatkan lagi keadaan dan potensi rakyat.
Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, sebuah stadium baru dan menyelesaikan masalah air.
Najib, yang juga pengerusi BN, berkata BN juga akan membina 3,000 unit rumah, menubuhkan kampus UiTM di sini, memulakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu dan membina masjid terbesar di negeri ini berharga kira-kira RM50 juta.
"Ini adalah hanya sebahagian manifesto kami. Ia belum lagi lengkap. Akan ada perkara-perkara lain yang akan diumumkan kemudian. Ini adalah janji Barisan Nasional," beliau berkata pada program Janji Ditepati semasa lawatan beliau sehari ke negeri itu pada Ahad.
Menurut Najib, transformasi tidak boleh dilakukan hanya dengan slogan atau mencorakkan cat hijau di dinding, bumbung dan pagar sahaja sebaliknya secara menyeluruh kepada rakyat seperti program pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan BN.
Selain itu, katanya, BN telah menunjukkan kemampuan membawa transformasi kepada negeri itu.
"Apa yang perlu anda lakukan adalah beri kami mandat dan anda akan melihat transformasi berlaku di Kelantan," katanya.
Dalam temu bual secara langsung dengan KelantanFM, Najib berkata, rakyat di negeri ini mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya dan sebagai kerajaan bertanggungjawab, BN akan menyediakan lebih banyak peluang.
"Apabila kerajaan Persekutuan dan negeri datang dari parti yang sama, semua polisi pembangunan boleh dilaksanakan dengan mudah untuk membawa manfaat kepada rakyat," katanya.
Wednesday, January 16, 2013 / Labels: politik
Sesi #KonaBaring #KalimahALLAH - @MadSabu Ikut Serta!!
![]() |
| Mat Sabu: 'Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura' |
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - bernama
/ Labels: semasa
Guru Tampar Bekas Isteri Kena Denda RM30,000
![]() |
| Arifin menunjukkan kecederaan di telinga kiri Aida yang masih memerlukan rawatan susulan, semalam. |
Keputusan dibuat Hakim Irwan Suainbon selepas mendengar keseluruhan kes tuntutan saman oleh Aida Rohani Mohamad, 39, terhadap bekas suaminya, Shakri Latif.
Aida, penjawat awam, yang berkhidmat di sebuah jabatan di sini mengemukakan saman menuntut ganti rugi selepas cedera dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 9 Mei 2007.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Dalam pergaduhan jam 6.30 pagi itu, defendan bertindak memukul serta menampar plaintif beberapa kali di bahagian badan dan kepala hingga menyebabkan dia cedera parah di telinga kiri serta lebam di bahagian muka sebelah kanan.
Aida yang ketika itu masih isteri kepada defendan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas sebelum menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat dan disahkan mengalami pendarahan di telinga kirinya.
Sementara itu, plaintif yang ditemui di rumahnya di Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh, semalam nyata gembira dengan keputusan terbabit.
Katanya, kejayaan itu juga menjawab reaksi serong masyarakat terhadap dia sejak kejadian itu berlaku selain mengharapkan perkara tersebut menjadi pengajaran kepada defendan dan orang ramai.
"Akibat kejadian itu, dua kali saya menjalani pembedahan di telinga dan kini pendengaran masih terganggu. Menurut doktor, telinga ini akan sembuh tetapi memerlukan penjagaan rumit selain bersin dan batuk yang akan memberi kesan lebih buruk," katanya.
Selepas kejadian itu, bekas suami plaintif melafazkan cerai melalui tuntutan berpisah yang dibuat Aida sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama Arifin Abdullah, 38, dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun. SH
Tuesday, January 15, 2013 / Labels: politik
Monday, January 14, 2013 /
#KalimahALLAH: PAS Semakin Celaru & Keliru... #hamPAS!! #hamPAS!!
PAS semakin celaru & keliru tentang isu kalimah ALLAH, selepas kata sepakat melalui kenyataan media (video di atas) untuk bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH dalam terjemahan Injil Bahasa Melayu, hari ini kenyataan bersama Nik Aziz & Dr Haron Din mewakili Majlis Syura PAS menyatakan ketidaksetujuan mereka pula.... Apa kes ni main pusing2... Baru faham??? Politik/kuasa lebih penting ke daripada aqidah ke??? Entah apa jadi dengan Islam di Malaysia nanti jika puak2 khawarij ni memerintah!! #hamPAS
dalam ucapan Hari Natalnya...
Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.
Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah."Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.
"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.
"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.
[BACA PENUH... KLIK!]
Wednesday, January 9, 2013 / Labels: semasa
Cabul Anak Jiran: Kontraktor Didenda RM7,000
Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Hussni Hussain, 47, dari kampung sama.
Hussni didakwa pada pertuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah ke atas remaja berusia 13 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya pada jam 3 pagi, 13 Mac di rumah mangsa.
Dalam kejadian itu, mangsa sedang bermain komputer di ruang tamu didatangi tertuduh dan berpura-pura bertanya tentang mancis yang didakwa tertinggal.
Mangsa yang curiga dengan tertuduh kemudian berlari ke dalam bilik tetapi diekori sebelum lelaki itu memegang bahu dan cuba membaringkannya.
Dia bagaimanapun sempat menepis dan berlari ke arah bilik air serta bersembunyi selama 15 minit sebelum menjerit memberitahu abangnya yang sedang menjual burger di luar rumah.
Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali turut mengarahkan tertuduh membayar pampasan berjumlah RM3,000 kepada tertuduh selain RM500 dikenakan untuk kos pendakwaan.
Tertuduh dilihat meninggalkan mahkamah setelah denda dan pampasan itu dijelaskan. SH
Tuesday, January 8, 2013 / Labels: politik
Rakyat Kelantan Penat Teroka Tanah, PAS Bagi Kpd Pemimpin DAP
Tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memajak tanah seluas 4,000 hektar di Relai dekat sini, kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk yang sudah hampir 20 tahun mengusahakan tanah di kawasan tersebut.
![]() |
| DUA peneroka kecewa apabila tanah yang mereka usahakan sejak puluhan tahun lalu diberi kepada pihak lain di Relai, Gua Musang semalam. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah berkata, setelah sekian lama penduduk mengusahakan tanah tersebut, mereka masih tidak diberi geran walaupun telah banyak kali membuat permohonan sejak beberapa tahun lalu.
Menurut beliau, kelulusan terhadap permohonan pajakan tanah bukan mudah dilakukan tetapi kerajaan negeri seolah-olah begitu cepat memajak tanah tersebut kepada syarikat luar.
"Lebih 10,000 permohonan daripada penduduk di seluruh daerah untuk mendapatkan geran telah dihantar kepada Majlis Daerah Gua Musang tetapi tidak satu pun diluluskan, namun hairannya permohonan yang dibuat oleh syarikat swasta mendapat kelulusan yang cepat daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Saturday, January 5, 2013 / Labels: semasa
Kerajaan Pusat Sumbang Bantuan RM500 Setiap Mangsa Banjir Kelantan
RANTAU PANJANG: Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan pusat bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, bantuan diberikan kepada mangsa mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Pendaftaran mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sudah dibuat JKM dan bantuan RM500 itu diagihkan bulan ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Semarak Gelombang Merah, di Gual Tinggi, dekat sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, setiap keluarga berpindah ke pusat pemindahan menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan Pusat.
Katanya, ia adalah komitmen kerajaan pusat membantu meringankan beban rakyat selain menepati janji mendahulukan rakyat. “Bagi menerima bantuan ini, mangsa banjir hendaklah berpindah ke pusat pemindahan disediakan serta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyediakan bantuan ini sebaik mangsa kembali ke rumah masing-masing,” katanya. HM
PAKAT BACO DEH!!
-
Pakar Kesihatan Nasihatkan Calon PRU-13 Jaga Kesihatan Semasa Berkempen KUALA LUMPUR Seorang pakar perunding kardiologi menyarankan cal...
-
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi SINAR HARIAN 29 Disember 2012 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
PASIR PUTEH: Rakyat Kelantan akan terus menerima dan menikmati pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat meskipun Menteri Besar Kelantan, D...
-
KOTA BHARU–Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan dua remaja berbangsa Cina yang diminta memberikan sejumlah wang u...
-
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kur...
-
Sebagai anak Kelantan, dulu-dulu saya juga percaya dan termakan dakyah bohong, bahawa kerajaan pusat tidak memberikan peruntukkan sewajar...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan mengapa PAS perlu mendapatkan keiz...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...














