Tuesday, March 4, 2014 / Labels: politik
PANASSS!! Mat Sabu 'Bapak Ayam' Di Muktamar PAS??? #kajang #prkkajang
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.
2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"
3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.
4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa. [sumber]
Saturday, March 1, 2014 / Labels: politik
#PRKKajang: Awwww!! @ZaidIbrahim Selak Skrit @RafiziRamli!! #Kajang
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli untuk menuduh beliau melobi kerajaan negeri Selangor bagi pihak rakan-rakannya sebelum ini.
Zaid berkata, tuduhan itu sengaja ditimbulkan bagi memberi gambaran bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi kepentingan sendiri.
"Saya berasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya melalui Rafizi yang kononnya saya melobi kerajaan negeri untuk kawan-kawan, hanya hendak menggambarkan saya baik dengan Menteri Besar Selangor.
"Saya ingin tegaskan sejak Khalid menjadi Menteri Besar, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid.
''Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blognya hari ini.
Rafizi semalam mendedahkan kepada umum dua e-mel oleh Zaid kepadanya pada 2010 yang meminta beliau memajukan kepada Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.
Menjelaskan perkara itu, Zaid yang menawarkan diri bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini berkata, beliau ketika itu hanya mahu membantu syarikat tersebut atas kapasitinya sebagai ahli politik yang sewajarnya menolong pihak yang memerlukan.
"Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi bukan bererti saya melobi. Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan sendiri, saya boleh terus berjumpa dengan Menteri Besar atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.
"Sebagai orang politik, bagi saya meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya," soalnya.
Katanya, oleh kerana tiada kepentingan dalam urus niaga berkenaan, beliau sehingga hari ini tidak mengetahui status permohonan syarikat yang dikatakan dilobinya itu.
Zaid berkata, pada pandangannya, tuduhan Rafizi itu merupakan 'kerja' Anwar yang sebenarnya bimbang mengenai cabaran beliau di Kajang, bukannya MCA atau Barisan Nasional (BN).
"Bagi saya Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya," katanya. -UM
Friday, February 21, 2014 / Labels: politik
#PRKKajang: Si Tua Kutuk (PKR) Akan Ditentang Si Muda Jelita (BN)!! #Kajang #BN4Kajang @MCAHQ @MCAselangor
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.
Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.
--Anwar Ibrahim -vs- ChinaDoll--
Tuesday, January 28, 2014 / Labels: nasional
Pemuda UMNO Mahu 'Cikgu Lembu' Dipecat!! @muhyiddinyassin @khairykj @azwanbro
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru yang bertindak melampau menghukum muridnya memakan rumput cuma dihukum pertukaran ke sekolah lain, bukan hukuman lebih tegas seperti dipecat dari jawatannya sebagai guru.
Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin dan Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun yang sepakat menggelarkan guru tersebut sebagai 'Cikgu Lembu' merasakan hukuman tukar sekolah yang dikenakan oleh Kementerian Pelajaran tidak setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh guru tersebut.
Mereka mahukan tindakan lebih tegas dikenakan iaitu dipecat dari profesion perguruan kerana individu seperti itu dapat menjahanamkan sistem pendidikan di negara ini.
BRAVOOO PPUM!!!
.
Thursday, January 2, 2014 / Labels: nasional
NO MORE FRU, NO MORE WATER-CANNON TRUCK... TAHNIAH MENTERI KDN!! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @PDRMsia #RPDM31D #DataranMerdeka
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka malam semalam. Itu hal yang tidak akan termaafkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan dan balaci2 mereka.
Satu langkah bijak oleh Menteri KDN bila berfikir beberapa inci lebih terhadapan dari golongan pencetus anarki seperti ini.
Pertamanya bila tidak lagi menghantar trak water-cannon dan kumpulan FRU lengkap dengan senapang gas pemedih mata. Mereka cuma menanti KLIMAKS bila gas pemedih mata dilepaskan dan water-cannon disembur untuk dijadikan spekulasi tentang kekejaman polis dan kerajaan/BN.
Seperti yang boleh kita saksikan dalam siri demonstrasi2 mereka yang lalu, terutamanya BERSIH:
Halangan pertama berjaya mereka lepasi, namun PDRM dan DBKL membuat halangan lebih 'kebal' pada lapis kedua sehingga demonstran terpaksa menyesak untuk merempuh masuk, dan beberapa kumpulan berjaya merempuh masuk... BACA SETERUSNYA [klik!]
/ Labels: politik
FITNAH DBKL: Bila @WardinaSafiyyah Memperbodohkan Diri-Sendiri...!! @NajibRazak
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut bersetuju dengan apa yang dinyatakannya.
Dah tentu - tentu diorang akan anggap kenyataan Si Wardina tu benar. Diorang pun mesti terpengaruh dengan dakyah yang cuba hendak disebarkan oleh Si Wardina tu sebelum ini.
Walhal, kenyataan Si Wardina tu bukannya berlandaskan kepada bukti atau penjelasan yang sewajarnya oleh pihak DBKL sendiri. Maka, tak salah kalau kita kata yang Si Wardina tu memang sengaja nak buat fitnah.
Sepatutnya, sebagai seorang yang bertanggungjawab, Si Wardina ni perlu mencari pengesahan mengenai berita yang dia dengar dari mulut orang sebelum ianya disebarkan dalam laman media sosial.
Sepatutnya, sebagai seorang yang bertanggungjawab, Si Wardina ni perlu mencari penjelasan yang betul dari pihak berkenaan sebelum dia nak sebar dakyah songsang ikut sedap hati dia je.
Tapi malangnya, Si Wardina ni lebih suka mengambil jalan mudah dan terus melulu membuat tuduhan terhadap DBKL sehingga akhirnya ianya menjadi fitnah terhadap pihak tersebut.
Nah! Sekarang, apa yang Si Wardina tu nak buat? Adakah dia hanya akan mendiamkan diri atau dia akan memohon maaf diatas kekhilafan yang telah dilakukannya?
Tak jatuh imej seorang selebriti kalau mintak maaf ni Wardina oi!!! Tu pun kalau dia seorang yang bertanggungjawab. Kalau tidak, kita tau la dia jenis manusia yang macam mana!!! Jangan sibuk nak 'Gila dan Menghina' orang lain sedangkan diri sendiri pun tak berapa betul!!! -SemutHitam
Tuesday, December 3, 2013 / Labels: nasional
UMNO Memartabat... PR Memperalat!! #MahasiswaNasional @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal #PAU2013
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara.
Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.
Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil.
Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.
Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR). [baca seterusnya]
Friday, November 29, 2013 / Labels: nasional
Persidangan Mahasiswa Nasional- Mengenalpasti Barisan Kepimpinan Muda @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal #MahasiswaNasional
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.
Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.
"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini Khamis.
Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab Umno Luar Negara (KULN) dan Biro IPT Umno itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
"Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi Umno," katanya.
Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.
Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. -bernama
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.
Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.
"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.
"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini Khamis.
Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab Umno Luar Negara (KULN) dan Biro IPT Umno itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
"Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi Umno," katanya.
Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.
Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. -bernama
Monday, October 14, 2013 / Labels: politik
#KalimahALLAH: Mohon Sokongan & Doa Untuk Kemenangan Islam... ALLAHUAKBAR!!!
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai tanda sokongan terhadap kes rayuan KDN/KerajaanMalaysia menghalang penggunaan kalimah suci ALLAH oleh gereja/penganut Kristian.
Kepada yang di kejauhan tidak dapat menyatakan sokongan secara fizikal diharap memanjat doa dari jauh semoga kemenangan berpihak kepada Islam... Kalimah ALLAH hanya untuk ISLAM... ALLAHUAKBAR!!
Wednesday, October 2, 2013 / Labels: politik
Laporan TheStar - Kempen #NKPUM @LokmanAdam @AzwanBro Menggegar MediaSosial!! #Lokman4NKP #PemilihanUMNO
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy chief have turned to the Internet for help.
Lokman Noor Adam and Khairul Azwan Harun are using various social media platforms to reach out to the delegates.
Lokman has set up his own channel on YouTube to promote himself.
One of his video clips titled “Who is the best candidate?” features cartoon caricatures and excerpts of his speeches, and has been viewed 4,903 times.
“I am hoping that my campaign material will go viral and hopefully this will translate into votes,” said Lokman, 39, a former exco member of the movement and one of four candidates vying for the Youth No. 2 post.
Nothing beats the personal touch when campaigning but canvassing for support has become tougher due to the larger number of voters. [READ MORE -CLICK~!!]
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Pada minggu lalu Krew Kelantan Cyber Warriors (KCW Squad) turun membuat liputan berkaitan isu projek depu yang menjadi tanda tanya selu...
-
KOTA BHARU: Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Ke...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Kerajaan Pusat Bersikap Telus, Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan BACHOK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah me...
-
“SAYA perlu profesional tangani situasi ini, sebarang khabar angin tidak menjejaskan tumpuan." Itulah kata-kata penjaga gol Kelantan...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...