Ulamak Pelapis PAS Samakan Doa KO-BN Dengan Doa Nabi Muhammad SAW
Doa hancurkan Umno tak salah!
AZHAR YAHYA
Timbalan Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat
DOA untuk menghancur dan menjahanamkan Umno-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam arena politik Malaysia, Pas dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno-BN jelas bertentangan dengan dasar Pas yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
Dasar Umno-BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno-BN selama ini.
Umno-BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.
Justeru, atas sebab inilah Pas berlawan dengan Umno-BN dan bertanding dalam pilihan raya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.
Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihan raya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno-BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno-BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihan raya.
Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno-BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.
Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada ALLAH bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.
3 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan mengapa PAS perlu mendapatkan keiz...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak menolak sepenuhnya penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebaliknya menunggu penerangan K...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
...


ABG GEMOK NI STUDY KAT IRAN KOT. IRAN TU ADALAH ISLAM SESAT.... SAMA LA MCM PAS. DIORG NI DAH TERLAMPAU PANDAI PASAL ISLAM SAMPAI DAH RETI NAK BUAT PERBANDINGAN.....
Anonymous says
correction : DAH TAK RETI BUAT PERBANDINGAN
Anonymous says
ni lah dajjal!!!