Doa KO-BN : Tok Guru Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat!
Minda Pondok cabar Nik Aziz berdebat, doa hancurkan sesama Islam tak ikut sunnah Rasulullah
KOTA BHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.
Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.
"Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.
"Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut.
Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.
Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.
"Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.
Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.
"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.
"Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.
"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. - bernama
5 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Pada minggu lalu Krew Kelantan Cyber Warriors (KCW Squad) turun membuat liputan berkaitan isu projek depu yang menjadi tanda tanya selu...
-
KOTA BHARU: Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Ke...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Kerajaan Pusat Bersikap Telus, Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan BACHOK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah me...
Suruh UFB la...berdebat dgn TGNA!!!
Anonymous says
Tak guna berdebat dengan ore nyanyuk..............
Anonymous says
dalam kita melihat kejahatan orang jangan lupa kejahatan kita ... takut-takut perbuatan orang yang kita laknat itu sebenarnya ada pada kita, maka laknat itu turun kembali kepada kita ... kata orang melayu lama ... fikir itu pelita budi ... ilmu menyuluh akal ... akal memandu hati ... hati menuju hasrat ... hasrat mengharap redaNya tetapi kalau ilmu tidak mampu menyuluh akal ... hati akan mati ... nafsu menguasi diri ... yang terang menjadi kelabu ... petunjuk tidak mampu dilihat kerana hati tidak mahu menerimanya ... yang salah dibela ... yang silap dipertahankan ... yang melakukan dosa besar (fasik) dianggap penyebar khabar mulia ... maka dia dijulang bagai perwira ... yang benar dipandang remeh ... yang ikhlas tidak diendah ... kebenaran dilihat kepada siapa yang bercakap ... bukannya kepada apa yang dicakap ... akhirnya diri menjadi punah ... kerana dendam sudah bernanah ... fitnah menjadi zikir harian ... berita dusta didengar enak ditelinga kerana puak kita yang khabarkan ... dosa siapa yang mahu tanggung ... bercerita ada atuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... mana bukti ... mana budi ... mana hati ... mana pekerti ... apakah ini bicara orang berilmu ... atau sekadar bicara penyedap halwa telinga ... sedangkan ada sabda nabi ... sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ...bicara ini untuk sesiapa sahaja yang membacanya ... lebih-lebih lagi kepada diri yang kerdil ini ... akhir kalam ... berfikirlah dengan akal yang terang ... dengan hati yang tenang ... dengan nafsu yang lenang ... biar setiap tindakan yang diambil mendapat redaNya ...
Anonymous says
antara yang hak dan batil ....
antara yang benar dan dusta ...
ilmu menjadi petunjuk ...
sejarah tidak pernah berdusta ...
hanya kita lupa merujuk ...
bicara sang pemimpin "ada datuk melihat vidio lucah dengan cucunya"
tiada bukti ... tiada saksi ... bicara semata untuk menghibur hati ... pendengar mendengar seronok sekali ... gegak gempita sahut-menyahuti ...
adakah bicara itu ... merujuk
ilmu yang hakiki ... pada sabda nabi ... yang penuh bererti ...sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ... apakah kita patut katakan kepada sang pengcerita ... doakan dia semoga diazab penuh kesakitan sebagaimana sabda nabi dan sebagaimana doa sang guru agung pohon kemusnahan atau ... mohon ampun atas dosanya ... kerana dia dan kita sering terkhilaf dalam mengatur bicara yang terkadang terkeluar dari batas ilmu, budi dan pekerti...
Anonymous says
debat antara MB dgn MB baru best...Seeloknya guru ugama debat dgn guru ugama juga la... buat kat mana-mana sekolah agama. ketuk rebana biar semua oran datang. Jangan setakat menjalak bukit je...