Nik Aziz Kata Bukan UMNO Saja, PAS Pun Berjasa Juga... Kah! Kah! Kah!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa kepada rakyat negara ini.
Sebaliknya kata beliau, Umno "perlu bersikap terbuka" kerana Pas yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.
"Dalam ucapan pemimpin Umno (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini. Soal Tuan Guru (Nik Aziz), apakah Umno sahaja yang berjasa?... semacam Umno sahaja yang berjasa!
"Pas di Kelantan pun banyak jasa," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan menerusi laman sosial beliau semalam mengulas perkembangan di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir kelmarin.
Nik Aziz menarik perhatian dengan menggariskan beberapa jasa pihak Pas termasuk di Kelantan yang ditadbir sejak 1990.
"Pertama, pengurusan kewangan Kerajaan Kelantan acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. Membuktikan jasa Pas yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan.
"Keduanya menerusi pendekatan pentadbiran Islam, Pas berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh ALLAH". Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah Pas melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat.
"Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.
Ia antara tiga respons Nik Aziz berhubung ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Beliau seterusnya berkata, "perwakilan Umno berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain".
Mengenai permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Khamis lalu, Nik Aziz berkata, "kita boleh maafkan dengan syarat, pertama, Umno kena tukar dasar dulu (dari berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul)."
"Ia selari dengan tuntutan Biro Ulama Umno tahun 1951 dulu," kata beliau.
Nik Aziz juga berkata, pihaknya akan memaafkan Umno dan Barisan Nasional jika peruntukan pembangunan disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan.
"Dan, ketiga hak rakyat Kelantan, hendaklah membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri. Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka 'tiada maaf bagimu'," kata Menteri Besar. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Pada minggu lalu Krew Kelantan Cyber Warriors (KCW Squad) turun membuat liputan berkaitan isu projek depu yang menjadi tanda tanya selu...
-
KOTA BHARU: Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Ke...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Kerajaan Pusat Bersikap Telus, Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan BACHOK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah me...