RAKYAT KELANTAN RUGI 20 TAHUN!!
Dasar kerajaan Kelantan Pas yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah al-Quran ternyata merugikan wanita Islam di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, larangan penyertaan wanita dalam Tilawah yang dibuat pada 1990 menyebabkan wanita Islam Kelantan rugi lebih 20 tahun dalam memberi sumbangan mereka terhadap acara tersebut.
"Keputusan Pas lebih kepada kepentingan politik, terburu-buru. Pada 1990 lain keputusannya dan pada 2012 lain pula keputusannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penerangan UMNO Kelantan di sini hari ini.
Beliau mengulas langkah Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi laluan semula kepada peserta wanita menyertai Tilawah bermula tahun depan, setelah menghalangnya mulai 1990.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Pas sudah tersasar dan melakukan kesilapan yang amat besar dalam hal penyertaan wanita dalam Tilawah dan kini terpaksa mengubah pendirian tersebut demi kepentingan politik.
"Kita harap rakyat Kelantan insaf dan sedar bahawa wanita Islam Kelantan rugi 20 tahun kerana tidak dapat menyertai Tilawah. Tilawah bukan sahaja untuk menegakkan syariat Islam tetapi untuk menggalakkan seluruh umat Islam mendekati al-Quran. Tilawah anjuran Malaysia kini diikuti negara lain dari seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) konsisten dalam penganjuran Tilawah yang boleh melibatkan lelaki dan wanita sehingga menjadi contoh kepada negara lain, yang turut melihat kejayaan besar Malaysia dalam memajukan Islam.
"Malaysia terus mencetuskan idea baru dalam memajukan Islam seperti memperkenal perbankan Islam dan pendidikan Islam. Tiada sesiapa boleh menafikan sumbangan kerajaan BN dalam membangunkan Islam," kata Mustapa. - BERNAMA
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
...


