APEX SAMBUNG KONTRAK 3 TAHUN DENGAN TRW!
KUALA LUMPUR - Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat akan terus bersama Kelantan apabila menyambung kontrak selama tiga tahun lagi, semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang memberitahu bahawa Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa sebagai 'Apek' telah menandatangani kontrak baru, semalam.
Jadi katanya, barisan pemain pasukan Kelantan yang menjuarai Liga Super musim ini akan kekal dan mungkin ada beberapa penambahan untuk memperkuatkan posisi tertentu.
"Apabila habis musim, banyak spekulasi perpindahan dalam kalangan pemain Kelantan terutamanya Khairul Fahmi.
"Memang diakui bahawa kontrak Khairul Fahmi bersama Kelantan akan tamat hujung tahun ini.
"Bagaimanapun saya ingin mengumumkan di sini bahawa kami telah mengadakan rundingan dan beliau (Khairul Fahmi) telah menandatangani kontrak baru selama tiga tahun. Ini bermaksud Khairul Fahmi akan bersama Kelantan untuk musim akan datang dan seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bersama Ikon Sukarelawan Kebajikan, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) iaitu pasukan Kelantan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan perlawanan persahabatan kelmarin yang menyaksikan Kelantan dibelasah 5-0 oleh pasukan daripada Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Annuar memberitahu beliau tidak lena tidur.
Katanya, beliau tidak pernah melihat Kelantan ditewaskan dengan jumlah jaringan begitu besar tetapi mengakui perlu menerima realiti jurang perbezaan antara QPR dengan pasukannya itu.
"Kita perlu juga terima bahawa kita tewas kepada pasukan daripada salah satu liga terbaik dunia. Itu kita kena akui dan ia boleh menjadi pengalaman berguna kepada kita.
"Separuh masa pertama kita bermain dengan baik walaupun melepaskan satu gol tetapi apabila kita menukar banyak pemain pada separuh masa kedua, keserasian itu tidak ada menyebabkan kita dibolosi dengan empat gol," jelasnya.
Bagaimanapun, Annuar memberitahu perlawanan seperti itu perlu diperbanyakkan bagi memberi pendedahan kepada pemain bola sepak tempatan. -MM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
...


