CETI HARAM, BIJIH & CHINA TOWN KB!


ADA pihak mengkhabarkan kepada saya yang begini bunyinya:

"Orang Kelantan di Kelantan la ni tak boleh bangga lagilah. Apa yang perlu diketahui mereka ialah banyak tanah telah ditukar statusnya ke pihak lain di bandar Kota Bharu (KB).

"Memang sebelum ini rakyat Kelantan bangga. Bangunan dan tanah di KB milik mereka, tapi sekarang tak ada tempat di sana yang rakyatnya tidak boleh banggakan lagi."

Dikhabarkan ketika ini banyak sudah dibuka pusat-pusat hiburan berGRO di KB. Perempuan GROnya dari Laos, China dan Vietnam. Bagi lelaki 'hidung belang' tak perlu lagilah ke Golok.

Apabila didedahkan benda-benda buruk ini kepada majlis perbandaran, mereka dikatakan buat kerja 'separuh siap'. Buat kerja 'menutup' - hanya tutup tempat-tempat shisha dan karaoke yang operasinya terbuka.

Benarkah berita terbaru yang saya dengar dari bumi Kelantan Serambi Mekah ini? Kalau benar, mana buktinya. Atau sekurang-kurangnya sekeping dua foto yang boleh menggambarkan senario yang memualkan ini?

Ketika mencari-cari sumber yang setidak-tidaknya boleh berkongsi pengalaman ini, saya cuba mendapatkan pandangan daripada sebuah NGO yang menggelarkan diri Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGOTP).

Naib Presiden NGO ini, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani pernah bekerja dengan Datuk Husam Musa selama 16 tahun. Bekas aktivis Pas ini juga kenal sangat dengan Datuk Anuar Tan Abdullah, Exco Kelantan. Mohd. Fared juga mengenali Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan Anwar nakkan beliau bekerja dengannya tetapi tidak ketahuan apa pula responsnya ketika itu. Dua tahun lepas Mohd. Fared juga pernah ditugaskan sebagai pelopor jalinan hubungan ekonomi antara kerajaan negeri dan China.

"Saya akui apa yang saudara maksudkan tu. Memang ada pusat-pusat hiburan sebegitu di KB sekarang ini. Sepatutnya premis-premis seperti ini disita dan dirobohkan. Ia tidak sesuai dengan imej Serambi Mekah yang diuar-uarkan kerajaan Pas Kelantan," kata beliau ketika dihubungi saya semalam.

Bagi Mohd. Fared, ada beberapa lagi isu besar selain pusat-pusat maksiat tadi yang kini bermaharajalela di bumi Kelantan.

Salah satu yang merunsingkan beliau adalah banyak tanah di kawasan-kawasan strategik di KB kini tidak lagi dikuasai rakyat Kelantan. Bangunan-bangunan kolej swasta, pasar raya besar dan banyak lagi projek swasta yang berdaya saing diusahakan di atas tanah-tanah yang tidak lagi didominasi anak tempatan - yang kadang-kala diletakkan nama sekadar 'boneka', dakwa Mohd. Fared lagi.

"Pihak lain kini sudah menjadi peniaga yang dikategorikan kelas pertama dalam kalangan peniaga-peniaga kecil Melayu Kelantan.

"Peniaga-peniaga kecil ini banyak berniaga di tepi jalan. Jalan 'jammed'...kereta nak lalu pun tak lepas," kata beliau.

Bekas aktivis Pas itu memberitahu, kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008 pernah menjanjikan akan mengisytiharkan sebuah 'China Town' di KB sebelum pilihan raya terdekat (PRU-13) ini.

"Benda ini sudah dikemaskini, cuma nak buat pengisytiharan," katanya sambil merujuk kawasan Kebun Sultan sebagai 'China Town' berkenaan. Selaku Penaung Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil KB, Mohd. Fared juga mahu kerajaan negeri 'buka mata' dan bertindak segera untuk membasmi kegiatan ceti-ceti haram yang semakin berleluasa.

"Ceti-ceti haram di Kelantan terlalu ramai dan dikuasai pihak dari luar Kelantan... mereka menggunakan orang tempatan sebagai 'taiko'.

"Lebih memeritkan ialah banyak peniaga yang tidak dapat keluar berniaga kerana tidak mampu bayar 'interest' yang tinggi daripada ceti haram ini. Pada masa sama kita rasa teraniaya.

"Perkara-perkara inilah yang kerajaan negeri perlu lihat, antaranya mempertimbangkan penyediaan skim pinjaman kecil-kecilan untuk bantu mereka ini," katanya.

Dan sesuatu yang terbaru didedahkan Mohd. Fared kepada saya di sebalik isu kegiatan perlombongan emas haram yang dibongkar akhbar ini baru-baru ini ialah - perlombongan bijih besi yang tidak ada batasnya di Kelantan kala ini.

Sehari sebelum perlawanan bola sepak Kelantan bertemu Sarawak baru-baru ini, beliau telah turun menyiasat di Pelabuhan Tok Bali sekitar antara pukul 2 hingga 3 pagi.

"Perlombongan bijih besi saya lihat tak ada batasnya sampai 24 jam di Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Rantau Panjang.

"Saya lihat lori-lori besar yang tiba di Pelabuhan Tok Bali itu menuangkan bijih besi ke tongkang-tongkang, yang seterusnya membawa bahan itu ke kapal-kapal besar yang sedia menunggu, yang syarikatnya dari China dan India.

"Yang saya lihat juga, lori-lori yang datang ini tak ada 'limit' 24 jam, hasil bumi Kelantan diangkut keluar dari negeri ini dengan banyaknya," katanya.

Cuma, Mohd. Fared mahu menarik perhatian bahawa ketika kawasan pembalakan cuma tinggal 20 peratus di Kelantan - itupun yang tinggal tidak cukup saiz untuk ditebang - pihak atau kroni yang sama juga berjaya 'beralih arus' meraih permit perlombongan emas dan bijih besi.

"Apakah ini ibarat sumbangan peribadi untuk politik. Tidak ada orang lainkah yang boleh diberi peluang, sedangkan kalau kita amati dengan cermat, balak dan bijih besi serta emas tak sama, dah lain...(perlukan kepakaran berbeza)...kita belajar sainskan...," katanya.

Demikian juga kelam-kelibut kerajaan Pas Kelantan boleh dilihat dalam isu mahu merancang mahu membina 'lebuh raya rakyat' menghubungkan Kuala Krai-Kota Bharu yang menelan kos RM1.8 bilion.

"Pendapatan kerajaan negeri pun hanya RM400 juta setahun, jadi, macam mana nak bina lebuh raya berkos tinggi ini. Benda ini akan bebankan rakyat Kelantan.

"Walaupun dikatakan ada sumbangan dari Timur Tengah (Asia Barat), itu baru peringkat perbincangan... itu idea dia (exco berkenaan) apabila ditanya Exco PKR dalam sidang DUN baru-baru ini... sekarang dia kata (pula) ada negara dari Timur Tengah nak tolong bantu bina lebuh raya ini... itu jawapan terbarunya dan ini cuma 'propaganza'," kata Mohd. Fared.

Beliau turut meminta kerajaan Pas Kelantan tidak menyerah bulat-bulat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu-isu penyeludupan termasuk dadah dan senjata api di sempadan negeri itu.

"Contohnya daging-daging ayam yang diseludup dari Kemboja... ada pihak gunakan platform peniaga-peniaga ayam yang dapat untung besar seludup daging ayam yang tidak halal ini," katanya.

Mohd. Fared mengakui beliau memang sayangkan Pas. Namun, kepercayaannya kepada parti itu hilang apabila Pas mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP.

"Saya lihat dua parti ini sekadar perosak untuk menumbangkan kerajaan yang teraman di dunia. Kenapa perlu bersekongkol dengan mereka ini?.

"Saya keluar dari Pas bukannya kemudian saya masuk UMNO. Saya keluar dan duduk atas NGO untuk tegur-tegur, yang sekurang-kurangnya akan ada rakyat yang faham," katanya.

Kepada rakyat Kelantan, beliau menyatakan: "Saya harap biarlah rakyat Kelantan faham isu-isu yang melanda negeri mereka kala ini. Kalau kegiatan perlombongan emas haram pun sudah sampai (guna) peralatan untuk melombong sehingga cecah RM1 juta, takkan benda ini tak sampai ke kerajaan negeri."

Juga, pesanan beliau kepada jentera pilihan raya BN Kelantan:

"Peluang turun padang ada meluas ketika ini... turunlah selalu ke tempat-tempat kenduri, kematian... peluang selalu ada dan terlalu besar waktu ini (untuk memenangi kembali hati rakyat Kelantan ke pangkuan BN)." -UM

2 comments:

  1. Dagang lama says

    Bukan setakat tak ada apa yang nak dibanggakan lagi dengan Kelantan, tapi sudah sampai tahap malu bila becerita tentang negeri tumpah darah ini. Lebih dari 80% hutan ditebang. balak dijual dalam masa 20 tahun. Hasilnya setitik tak dapat dirasai oleh rakyat. Jalan, mesjid, sekolah,jambatan tetap dibina oleh kerajaan pusat, kebajikan rakyat jelata masih dijaga oleh kerajaan pusat. kemana hasil berbilion it??.Kini lombong2 besi dan emas dikorek dan dicuri berleluasa.Lombong2 akan dibuka secara besar-besaran dan alasan digunakan untuk menampung kos Lebuhraya rakyat.Hakikatnya YB2 dan tokei2 akan jadi kayaraya dengan lebih cepat, manakala Lebuhraya Rakyat entah kemana. Rakyat masih ditakok lama. Mana yang tekad akan terus bertanggang dinegeri orang menjual bundle, pasar malam, jadi gangster, tarik kereta, ambik upah pungut hutang, jadi GRO dan pelacor.Yang lebih nasib baik ada dapat kawin Bangla, Pakistan atau tinggal sama awang hitam. Rakyat Kelantan tertipu. Balak,Lombong emas dinegeri sendiri dikaut bangsa asing, anak jati berkubur, nisan dinegeri orang.Apa yang dapat dibanggakan??


    Pakcu Rantau Panjang says

    Salam buat tuan.
    Untuk pertamanya Pakcu mengunjungi blog tuan dan Pakcu tertarik mengenai kesah lori angkut biji lombong.

    Pakcu tak pasti lombong ini haram ke halal tapi sememangnya setiap hari tanah lombong diangkut dengan lori traler panjang..dan tokey lombongnya sudah pasti orang Cina. Dan nampaknya kerja melombong ini mengangkut hasil galian termasuk tanah dibawa keluar...kalau dulu Inggeris yang bawa keluar hasil Bumi nenek moyang kita kini "orang kita" sendiri merelakan hasil Bumi dikaut keluar dengan keuntungan pendek tampa memikirkan impaknya bagi generasi hadapan....

    Jika anda ingin buktinya datanglah ke lombong bijih di Kampung Rahmat, Rantau Panjang mungkin tuan dapat membuat analasis mengenainya.

    Kalau kerajaan Thai tanah diharamakan untuk di pindah keluar hingga anak getah pun kena tinggal tunggul kalau dibawa keluar ...tapi nampaknya perkara lombong bijih ni tak terkesan pun di Malaysia...walahualam


TUKAR!! 20 TAHUN DOH...

...

.

PAKAT BACO DEH!!

...