KPT UMUM DANA RM1JUTA KEPADA UMK
KOTA BHARU 19 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1 juta kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Dana tersebut bagi membantu UMK menggerakkan Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) yang ditubuhkan untuk memperkasa peranan universiti itu sebagai peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya, kewujudan GERIC berpaksikan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan hasil inovasi serta pemindahan teknologi untuk kesejahteraan masyarakat.
Beliau berharap, GERIC mampu mencapai taraf sebagai sebuah pusat kecemerlangan tinggi memandangkan kepada program-program yang telah dirancang dengan begitu teliti.
Beliau turut berharap UMK mampu menjadi Universiti Apex dalam bidang keusahawanan sebagaimana kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang penyelidikan sains.
"Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada UMK dalam melaksanakan agenda keusahawananya melalui GERIC," katanya ketika melancarkan Agenda Keusahawanan dan Industri UMK di sini hari ini. - UM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
...


