TERUK BEDO'OH!! KELANTAN DISKRIMINASIKAN 2 AGENSI KERAJAAN PUSAT!!
Kerajaan PAS Kelantan masih belum mengeluarkan hak milik tanah bagi dua agensi kerajaan pusat yang sudah menjelaskan semua premium tanah sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
ADUN kawasan Paloh Datuk Nozula Mat Diah mendakwa agensi terbabit ialah Lembaga Penyatuan Tanah Persekutuan (Felcra) yang menjelaskan premium tanah berjumlah RM95 juta manakala Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebanyak RM32 juta.
"Kita tidak tahu sebab kenapa kerajaan PAS melambat-lambatkan proses mengeluarkan geran hak milik kepada agensi berkenaan," katanya ketika berucap menutup Program Komuniti Kesedar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, di Padang Awam Paloh Satu, di Gua Musang hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar Kesedar Mohd Arshad Ismail.
Nozula, juga Naib Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata berikutan itu, segala perancangan yang hendak dilaksanakan agensi terbabit terbatas kerana belum mendapat hak milik tanah, termasuk tanah pertanian dan lot rumah.
Beliau berkata kerajaan negeri lebih mementingkan perjuangan politiknya tanpa mengambil berat soal penyelesaian hak milik tanah bagi kepentingan peneroka seluruh rancangan tanah Felcra dan Kesedar. -BERNAMA
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memajak tanah seluas 4,000 hektar di Relai dekat sini, kepada sebuah syarikat yang didakwa me...
...

