
UMAT ISLAM DINASIHAT PATUHI FATWA OLEH MUFTI
![]() |
Ibrahim Ali (tengah) beramah mesra dengan para pemenang Tilawah al-Quran Peringkat Parlimen Pasir Mas di Dataran Tok Him, Pohon Rawa, Pasir Mas, kelmarin. |
PASIR MAS 29 Jun - Umat Islam dinasihatkan mematuhi pandangan dan fatwa yang dikeluarkan mufti untuk memastikan agama Islam dapat diperkukuhkan daripada cubaan beberapa pihak yang mahu menggugat agama rasmi itu di negara ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia penting ke arah penyatuan umat Islam, apatah lagi pandangan mufti itu dibuat atas kapasiti mereka sebagai ulama dengan ilmu agama yang tinggi.
"Kita tengok di seluruh dunia umat Islam begitu ramai tetapi kenapa akhir-akhir ini banyak perkara yang menunjukkan Islam ditindas.
"Sebab itulah di negara ini kita ada mufti yang akan sentiasa mengeluarkan fatwa demi kebaikan umat Islam, maka ia perlu dihormati dan dipatuhi bukannya dihina seperti yang berlaku sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Parlimen Pasir Mas di Dataran Tok Him, Pohon Rawa di sini malam tadi.
Beliau mengulas situasi politik semasa tanah air apabila beberapa pemimpin pembangkang dilihat lantang bersuara sehingga tidak mempedulikan fatwa yang dikeluarkan para mufti.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menambah, umat Islam kini keliru dengan kenyataan pemimpin parti pembangkang yang jelas mengutamakan politik berbanding Islam.
"Isu sekarang yang hangat diperkatakan adalah pemimpin Pas meminta ahlinya jangan pergi menunaikan haji kalau pilihan raya umum diadakan pada musim haji, sedangkan kerajaan tidak pernah sekali pun bercakap mahu mengadakannya pada masa itu.
"Saya mahu beritahu pemimpin Pas, mereka jangan fikir semua orang yang pergi tunaikan haji itu orang Pas kerana parti lain juga ada ahlinya, jadi semua parti berada dalam keadaan sama rata," tegasnya.
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan PAS Kelantan mempunyai calon lain yang difikirkan sesuai untuk mengang...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
...

