Bersatu Tolak Parti Kecewa Untuk Tawan Kelantan - Tengku Adnan
KUALA KRAI, 14 Sept. -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO untuk bersatu dan berpegang kepada slogan parti 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' agar dapat memastikan kelangsungan UMNO sebagai warisan kepada generasi seterusnya.
Katanya, rakyat hari ini wajar bersyukur kerana kepimpinan dahulu mempunyai visi dan misi yang menggabungkan kepimpinan dan struktur parti mengikut landasan Islam untuk menjadi wadah perjuangan.
"Tidak ada satu pun bangsa Malaysia hari ini yang boleh mendabik dada dengan mengatakan mereka lebih baik dari bangsa yang lain kerana negara ini adalah sebuah negara yang lahir hasil daripada kesatuan dalam kepelbagaian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di Dewan Sekolah Menengah Bandar, hari ini.
Ujarnya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), hanya dengan bersatu sahaja yang boleh menjamin kemenangan dan kecemerlangan UMNO termasuklah impian BN untuk menawan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Saya dapat lihat bahawa Parlimen Kuala Krai akan menang semula termasuklah empat buah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di dalamnya dengan syarat adalah kesatuan.
"Walaupun macam-macam persepsi yang diwujudkan oleh pihak pembangkang tetapi dengan kesungguhan ahli-ahlinya untuk bersatu maka akan tentulah dapat menumbangkan pembangkang."
Dalam hal ini beliau turut menyorot kekalahan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Manik Urai kepada Pas yang berlaku ekoran tidak ada kesatuan dan gagalnya anggota UMNO seramai sekitar 300 orang untuk keluar mengundi.
"UMNO tidak lemah tetapi kerana masalah dalaman yang lemahkan parti ini sendiri tetapi dengan kekuatan dan kesedaran yang ada hari ini maka telah ada perubahan untuk mengembalikan bukan hanya Kuala Krai tetapi Kelantan kepada BN.
"Saya berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dengan apa yang dilakukan oleh pihak pakatan pembangkang sebagai sebuah kerajaan malah Kelantan sudah ketinggalan pembangunan selama 22 tahun."
Tegasnya lagi, pakatan pembangkang adalah terdiri daripada parti-parti yang kecewa lantaran tidak mendapat tempat dalam parti sebagaimana Pas yang ditubuhkan setelah Tuan Haji Ahmad Fuad tewas dalam perebutan Presiden parti melawan Tunku Abdul Rahman Putra sementara DAP adalah serpihan daripada PAP setelah Singapura keluar dari Malaysia dan PKR terbentuk setelah Anwar Ibrahim dipecat dari parti.
"Rakyat sudah sedar bahawa pembangkang hanya tahu cakap-cakap, jalan-jalan tapi kerja tak buat pun dan sekarang bermimpi nak tawan Putrajaya sedangkan sewaktu kerajaan mengumumkan untuk membinanya, mereka kata kalau menang PRU akan lelong Putrajaya tapi sekarang?"
Lantaran keyakinan terhadap perubahan tersebut, beliau menyeru rakyat untuk menerima siapa saja calon yang ditetapkan oleh Presiden dan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi dengan bersedia bila-bila masa saja untuk PRU. -- MediaUMNO

0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
...