LEBIH RELA MINUM AIR BERKARAT DARI TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PUSAT
MTRK kesal pihak pertikai sumbangan penapis air kerajaan persekutuan
KOTA BHARU- Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kesal tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha pihaknya dan kerajaan pusat membekalkan penapis air dalam usaha mengatasi masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat negeri ini.
Presidennya Azmi Ali berkata tindakan mereka yang mempertikaikan usaha itu seolah-olah tidak berterima kasih di atas tindakan segera yang diambil bagi menolong rakyat yang menghadapi masalah bekalan air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.
Beliau juga menafikan dakwaan kononnya alat penapis air untuk kegunaan penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat itu ditempatkan berhampiran rumah pemimpin Umno dan menurutnya ia adalah secara kebetulan dan bukan disengajakan.
Azmi berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa alat penapis air yang dibekalkan Kerajaan Pusat sengaja diletakkan di kawasan berhampiran rumah pemimpin Umno untuk kepentingan penyokong parti berkenaan.
Katanya penapis air itu adalah sebahagian tindakan segera Kerajaan Pusat hasil permohonan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai MTRK memohon peruntukan khas RM2.8 juta sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini baru-baru ini.
Melalui permohonan itu, setiap kawasan Parlimen dijangka menerima RM200,000 bagi membeli penapis air itu yang berharga RM95,000 setiap satu untuk menapis bekalan air yang dipam dari sumber air perigi, telaga tiub dan tali air.
"Kita sengaja menempatkan penapis air itu di lokasi yang mempunyai sumber air kekal dan tidak kering selain kawasan yang menghadapi masalah bekalan air bersih yang disediakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)".
Katanya, setiap penapis mampu membekalkan air untuk 50 buah rumah di kawasan berhampiran dengan membuat sambungan paip ke rumah masing-masing.
"Setakat ini, Kampung Padang Tok La, Kubang Bemban, di Pasir Mas serta Kampung Kuala Jambu dan Kampung Derdap di Tumpat, yang dibekalkan dengan kemudahan itu," katanya. -bernama
1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan pemimpin-pemimpin Umno bahawa hanya parti itu sahaja menyumbang jasa ...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
KOTA BAHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelajah seluruh Kelantan tidak lama lagi bagi men...
-
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
...


elok juga penyokong2 pas taknak terima sbb mrk boleh mengotakan cakap "kito kalu dah tak suko ko oghe tuh, jange kato muko dio, bare hok dio bui pun kito toksey!!" barula betul perjuange tuh!!!