Ada Apa Dengan UMNO Pasir Mas??


Baru-baru ini telah diadakan satu majlis di sebuah Restoran lebuhraya Salor Kota Bharu-Pasir Mas bagi meraikan jentera kanan BN PRU ke-13 dan telah diagihkan sejumlah RM…

Kalau ini yang berlaku memang terbukti Dato’ Hanafi Mamat bukan kedekut. Sebelum ini beliau telah agihankan untuk Ketua-ketua Cawangan, selepas itu Ketua-ketua sayap pula dan sekarang Jentera kanan pula.

Dato’ Pi tidak pernah kedekut dalam mempastikan Jawatan Ketua Bahagian dapat dikekalkan. Beliau akan guna dengan apa cara sekalipun demi untuk pempertahankan Jawatan Ketua Bahagian bagi musim ini pada pemilihan yang akan datang.

Ternyata peruntukan daripada Barisan Nasional pusat untuk persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, beliau tidak digunakan sepenuhnya dan menyimpan untuk menghadapi pemilihan UMNO dalam Bahagian.

Terdahulu semasa dalam proses persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, peruntukan MAYA yang berjumlah RM1 Juta untuk dibahagikan kepada 3 DUN, tetapi Dato’ Pi hanya bahagi RM60 Ribu kepada DUN Pengkalan Pasir dan RM60 Ribu kepada DUN Chetok, peruntukan yang selebihnya Admin tidak pasti dimana beliau membelanjakannya.

Hari ini Dato’ Pi, telah membelanjakan sebahagian duit kepada Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Pemuda Cawangan, Perwakilan Cawangan ketiga-tiga DUN dalam Bahagian Pasir Mas. Beliau menggunakan peruntukan dari sumber mana Admin tidak pasti, yang pasti dan ternyata kini beliau telah membeli Jawatan Ketua Bahagian.
Kenapa Dato’ Pi, tidak membelanjakan habis-habisan semasa proses Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas? Jikalau beliau membelanjakan segala peruntukan yang ada, tidak mustahil UMNO boleh menyumbangkan kemenangan kepada Barisan Nasional di Parlimen Pasir Mas dan bukan menerima kekalahan.

Untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang dan kita berjuang bukan kerana keperibadian tetapi kita mencari peluang untuk kita membela rakyat Pasir Mas.

SUBUR SUNGGUH DEMOKRASI DALAM UMNO BAHAGIAN PASIR MAS…

Semua Pentadbir Mukim (Tok Gawa), telah dipanggil dan diingatkan supaya berhati-hati serta tidak menghadiri sebarang majlis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang mungkin akan menganggu gugat kedudukan ketua dalam mempertahankan bahagian.

Kenapa Ketua Bahagian takut dengan bayang-bayang…? Kalau betul ada kekuatan… Berilah peluang kepada marhain menilai sumbangan Dato’.

Kediaman Rasmi Dato’ Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Kan Dato sudah lama berkhidmat, jangan takut bawahan sekarang sudah pandai untuk menilai dan membuat pilihan.

Malam ini pula Admin terdengar cerita mengatakan semua Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Chetok pula dipanggil… Adakah untuk beri amaran lagi..?

BACA SAMBUNGANNYA (KLIK!)

1 comments:

  1. Anonymous says

    bo la dato wei..bui ko orang lain pulak la jd ketua bahagian nya...demo tak jadi apo...dok kaya poket demo jah....ajk bahagian demo purah blako ...tok gawo ngan tok ngulu pulak srupa cok betul takleh nk pakai sorang habuk....tak reti wat kija blako....pemilihan skali ni kita kena pakat bui ko che johan pulak jd ketua bahagian...anak sdara demo ko hok bunyi nk jadi ketua pemuda bahagian tu....awal-awal lagi dok stat nipu dah...turun ceramah kata nk bui tiket bola ko pemuda...kabar2 senyap sunyi...gi puak2 dia jah....punoh banyak....


TUKAR!! 20 TAHUN DOH...

...

.

PAKAT BACO DEH!!

...