Usahawan Kecil Kelantan Dapat Dana MARA RM3juta
GUA MUSANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan dana RM3 juta memberi pinjaman kepada usahawan kecil di Kelantan tahun ini, kata ahli majlis Mara Mohamad Saufi Deraman.
Beliau berakta wang tersebut adalah sebahaagian daripada RM50 juta dana disediakan kerajaan untuk usahawan kecil seluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga bulan lepas.
Pinjaman tanpa faedah itu bertujuan menambah modal pusingan usahawan kecil bagi mengembangkan perniagaan mereka, kata Saufi kepada pemberita selepas “Program persemukaan Mara bersama usahawan kecil dinamik daerah Gua Musang” di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri menyediakan dana berkenaan untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memohon pinjaman berkenaan.
Saufi berkata baki RM47 juta daripada dana itu diagihkan kepada usahawan kecil negeri lain dan peruntukan terbanyak untuk Kuala Lumpur berikutan mempunyai ramai usahawan kecil bumiputra.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan menambah dana pinjaman usahawan kecil itu tahun depan supaya lebih ramai usahawan kecil di negeri-negeri dapat memohon.
“Tahun ini, dana itu disediakan sedikit sahaja dan belum mampu menampung keperluan seluruh negara yang dianggarkan ada lebih 6,000 usahawan.”
Katanya, Mara menguruskan dana sejumlah RM28 juta untuk pinjaman kepada peniaga besar atau industri dengan kadar pinjaman sehingga RM100,000 supaya mereka dapat mengembangkan perniagaan.
“Kita sedang berusaha mengalakkan usahawan di negara ini memajukan perniagaan mereka ke peringkat global,” katanya. — Bernama
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


