'CABAR' TUNTUT ROYALTI KELANTAN - BETUL KE 1,000 ORANG NI?!!
Kah! Kahhh! Nampaknya akhbar Sinar Harian yang dirancang cuba menjadi sebuah media yang neutral dah jadi alat propaganda pembangkang seperti Malaysiakini. Bila ditulis 1,000 yang menyertai perhimpunan semalam kenapa tak cuba ditunjukkan kehadiran dalam visual yang lebih logik, bukan gambar tak sampai 50 orang macam ni... Itupun terpaksa rekrut budak-budak suruh pakai spek warna pink untuk meramaikan makhluk... Sinar Harian dah jadi sama bangang macam HaraKahKahKahKahhh!!
SINAR HARIAN: Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak (Cabar) semalam mengadakan perhimpunan aman disertai 1,000 ahlinya termasuk Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan (Royalti).
Pengerusi Cabar, Ahmad Marzuk Shaary berkata, tuntutan itu dibuat sekali lagi supaya pihak berkenaan menurut titah Sultan memberikan hak royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.
“Kami kecewa apabila isu petroleum di Kelantan menjadi isu politik dan menunjukkan diskriminasi daripada pihak tertentu.
“Ini penderaan kepada rakyat Kelantan sedangkan jika kilang minyak didirikan di Bachok, ia menjadi pusat bandar yang maju dari segi penempatan dan tumpuan ekonomi,” katanya kepada pemberita semasa Perhimpunan Aman
‘Walk For Royalty’ di pekarangan stesen bas bandar Kota Bharu di sini, hari ini.
Sebelum ini, Royalti pernah mengadakan perhimpunan aman di Jambatan Sultan Yahya Petra dan pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), malah perhimpunan itu adalah perhimpunan kali ketiga bagi keseluruhan tuntutan royalti, manakala bagi 'Walk For Royalty' adalah kali kedua.
Perhimpunan tersebut yang bermula kira-kira jam 2 petang berjalan dengan aman dikawal oleh pihak berkuasa, malah ia turut menyelitkan taklimat ringkas daripada wakil pemuda Pas Kelantan, wakil aktivis Royalti wanita, Aina Sayuti dan wakil aktivis Royalti Cina, Irene Tan.
Ahmad Marzuk berkata, pihaknya turut menyatakan kesangsian pengurusan kewangan dan mendakwa pihak tertentu tidak telus terhadap isu rolyalti petroleum di negeri ini.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menunjukkan hasrat seluruh rakyat Kelantan yang timbul atas kesedaran semua termasuk anak muda.
“Kita menuntut kerajaan memberikan hak royalti petroleum sebanyak lima peratus di Kelantan dan sebagai kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi, hasrat rakyat perlu didengari serta diberi haknya.
“Kami turut menuntut pimpinan Umno Kelantan supaya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat untuk menunaikan janji sebelum ini dan bukan menjadi penghalang kepada demonstrasi,” dakwanya. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


