BELASAH PERAK 6-0... KELANTAN PERTAHAN JUARA LIGA SUPER!!
Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat dua tahun berturut-turut dengan membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
Kejayaan ini lebih manis apabila Red Warriors muncul juara Piala FA Mei lalu.
Semalam, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul sebagai juara Liga Perdana.
Kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan mereka memungut 57 mata, berkelebihan tujuh mata daripada pencabar terdekat, Lions XII dari Singapura dengan masing-masing masih mempunyai dua baki perlawanan.
Kelantan merupakan pasukan ketiga yang berjaya mempertahan piala itu sejak ia diperkenalkan pada 2004 yang dimenangi oleh Pahang, selepas Kedah melakukannya pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2009 dan 2010.
Pada perlawanan itu, skuad The Red Warriors membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-17 sebelum Mohammed Ghaddar Mahmoud menggandakan jaringan dua minit kemudian selepas memanfaatkan bola hasil lorongan Indra Putra.
Bernama melaporkan, Kapten skuad The Red Warriors,Mohd Badhri Mohd Radzi menambah derita pasukan pelawat dengan gol ketiga, empat minit kemudian menerusi sepakan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan Mohd Nasril Nourdin di gawang Perak.
Indra Putra melengkapkan malam kegemilangan Kelantan apabila melakukan hatrik dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-29 dan gol keenam pada minit ke-48.
Satu lagi gol Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke-38.
Perak bertambah malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-47 apabila kapten mereka, Shahrul Nizam Mustapa dikenakan kad merah oleh pengadil, Rahmat Jantan kerana mengasari Mohammed Ghaddar.
Sementara itu, pasukan tangga keempat liga, Selangor mencatat kemenangan 4-0 ke atas jiran mereka, Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Azidan Sarudin pada minit ke-33, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-46 dan ke-79 dan Ramez Dayoub pada minit ke-62.
Gergasi Merah diekori rapat oleh Terengganu yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit keempat, Mohamad Ashari Samsudin (minit ke-44) dan gol sendiri Mohd Reithaudin Awang Emran pada minit ke-77 manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Rozaimi Abdul Rahman pada minit ketujuh.
Felda United turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika bertemu PKNS Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hasil jaringan Farderin Kadir pada minit ke-22.
Negeri Sembilan yang tewas 2-3 kepada Kelantan, Selasa lepas bangkit dengan menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar hasil jaringan Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-42 dan S. Kunanlan pada minit ke-82.
Satu lagi pasukan dari Terengganu, T-Team pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 dengan Johor FC pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat menerusi Mohd Haris Safwan Kamal pada minit ke-31 sebelum Mohd Fadzli Saari menyamakan kedudukan untuk T-Team menerusi jaringan pada minit ke-56. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Pada minggu lalu Krew Kelantan Cyber Warriors (KCW Squad) turun membuat liputan berkaitan isu projek depu yang menjadi tanda tanya selu...
-
KOTA BHARU: Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Ke...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Kerajaan Pusat Bersikap Telus, Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan BACHOK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah me...