BAYI KEMBAR TERMINUM CECAIR PELUNTUR!
![]() |
| Mohd Farhan (kanan) diriba Mohd Rozli semakin pulih manakala kembarnya, Mohd Farharin tidak terikut sama meminum peluntur ketika berada di dalam bilik air bersama kakak, Nor Asy |
TUMPAT – “Terkejut saya melihat anak kembar saya muntah-muntah, jalannya terhuyung hayang. Ketika itu saya tercium bau peluntur di mulutnya dan mengesyaki dia terminum cecair tersebut,” kata Mohd Rozli Mohd Yusoh, 37, bapa kepada bayi kembar, Mohd Farhan, 16 bulan dipercayai terminum cecair peluntur di bilik air di rumahnya di Kampung Chat, di sini, kelmarin.
Mohd Rozli berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tangisan Mohd Farhan dan jeritan anak sulungnya, Nor Asyikin, 14, pada jam 1 tengah hari.
Menurutnya, dia terus ke bilik air dan mendapati anak bongsunya itu sudah tidak bermaya.
“Dalam keadaan panik, saya cepat-cepat membawanya ke Klinik Kesihatan Sungai Pinang sebelum mendapat rawatan lanjut di Hospital Tumpat. Nasib baik dia tidak apa-apa tetapi ditahan di dalam wad di Hospital Tumpat semalaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila Nor Asyikin meninggalkan adiknya bersendirian di dalam bilik air selepas dia membuat bancuhan peluntur di dalam gayung.
“Adiknya ditinggalkan bersendirian kerana Nor Asyikin naik ke atas rumah untuk mengambil baju yang akan direndam di dalam peluntur itu. Mungkin Mohd Farhan menyangka itu adalah air minuman,” katanya.
Mohd Rozli berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana anaknya selamat, hanya Mohd Farhan yang terminum peluntur manakala kembarnya, Mohd Farharin tidak terikut sama meminum peluntur itu.
Menurutnya, isterinya, Aruni Che Lah, 33, yang biasa menjaga anak mereka tiada di rumah kerana sedang menjalani rawatan kanser di kampung halamannya di Thailand.
“Sejak isteri sakit, sayalah yang menjaga anak-anak seramai tujuh orang termasuk kembar yang terminum peluntur ini,” katanya. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


