SULTAN KELANTAN RASMI KOMPLEKS MAHKAMAH PASIR MAS
PASIR MAS 3 Julai - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Pasir Mas di Lemal di sini hari ini.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Pembinaan mahkamah dengan kos sebanyak RM11.27 juta melalui Program Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dimulakan pada Ogos 2009 dan siap sepenuhnya pada 23 Mac 2011.
Kompleks tersebut menempatkan dua bilik perbicaraan iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret serta bilik-bilik sokongan seperti ruang pejabat, perpustakaan, bilik fail, bilik mesyuarat, bilik sembahyang dan pelbagai lagi.
Perbicaraan Mahkamah Sesyen berhubung kesalahan sivil dan jenayah di mahkamah itu akan dibuat membabitkan empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.
Arifin dalam ucapannya berkata, pembinaan kompleks mahkamah itu adalah hasil keprihatinan Jabatan Perdana Menteri terhadap keperluan semasa masyarakat di daerah tersebut.
Jelas beliau, penambahbaikan perlu dibuat secara berterusan di semua mahkamah di negara ini dalam usaha memastikan badan kehakiman negara berada di pentas terulung dunia.
Tambahnya, ia juga penting untuk memastikan semua kes tertunggak dapat diselesaikan dan sehingga hari ini objektif tersebut hampir tercapai.
"Sebelum ini daerah ini hanya mempunyai Mahkamah Majistret, justeru pada 16 Jun 2011 kita menubuhkan Mahkamah Sesyen di daerah ini bagi menampung keperluan.
"Sementara itu, jumlah kes yang dibicarakan semakin banyak dan dengan adanya kompleks ini maka kita mampu menampung keperluan tersebut," ujarnya. -UM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
...


