KERAJAAN PUSAT TELAH PERUNTUK RM217 JUTA UNTUK BEKALAN AIR KELANTAN
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM217 juta untuk membekal air bersih kepada 17,625 rumah di negeri ini dalam tempoh dua tahun bermula tahun lepas.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hasan Malek berkata pembekalan air bersih itu dilaksana melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melibatkan sistem retikulasi dan alternatif yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.
"Sehingga akhir Jun tahun ini, 11,259 rumah sudah menerima bekalan air bersih yang disediakan melalui projek itu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada program sumbangan amal air bersih dan pelancaran skuad misi amal Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM) di Tangok di sini, semalam.Hasan berkata bakinya sebanyak 6,366 rumah akan memperoleh bekalan air bersih sebelum akhir tahun ini.
Mengenai peruntukan membekal air bersih bagi penduduk di kawasan luar bandar di seluruh negara, Hasan berkata peruntukan telah ditambah dari RM1.946 bilion tahun lepas kepada RM2.089 bilion tahun ini.
"Pada keseluruhannya projek BALB yang membabitkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diperluaskan termasuk ke kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli, supaya mereka juga dapat menikmati bekalan air bersih," katanya. - Bernama
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


