LEBUHAYA PASIR MAS-RANTAU PANJANG DITUTUP 3 JULAI
PASIR MAS 29 Jun - Laluan lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang akan ditutup buat sementara waktu sempena perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas pada 3 Julai ini.
Laluan berkenaan akan mula ditutup kira-kira pukul 8 pagi hingga 2 petang bagi mengelak berlakunya kesesakan ketika majlis perasmian yang dijangka disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
![]() |
| Haliluddin Rahim menunjukkan laluan alternatif sempena perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas pada 3 Julai ini di Pasir Mas, kelmarin. |
Menurutnya, bagi melancarkan pergerakan trafik seramai 21 anggota trafik akan bertugas sepanjang tempoh penutupan laluan berkenaan.
“Kita meminta orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan polis berikutan penutupan jalan sementara sempena perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas terbabit.
“Bagi semua jenis kenderaan termasuk lori dan bas dari Pekan Rantau Panjang-Pasir Mas-Kota Bharu dan Tumpat perlu melalui kawasan Simpang Hospital Pasir Mas, Lubok Jong dan Simpang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja dan ke Bulatan Lemal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambahnya, bagi kenderaan dari Rantau Panjang yang ingin ke bandar Pasir Mas, Kota Bharu atau Tumpat dikehendaki melalui Simpang Lebuhraya Kampung Gaung, Kampung Kubang Badak, Kampung Dangar dan Simpang Tiga Masjid Bandar Pasir Mas. -UM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
...


