LETUPAN BOM GEGARKAN PEKAN SUNGAI GOLOK!
RANTAU PANJANG – Rakyat negara ini yang ke pekan Golok, selatan Thailand pagi semalam untuk membeli keperluan sempena Ramadan dikejutkan dengan letupan bom berhampiran Hotel Genting.
Kebanyakan mereka terdiri daripada peniaga makanan ringan dari seluruh daerah yang tertumpu ke selatan Thailand itu berikutan harga ditawarkan agak murah.
![]() |
| salah seorang mangsa letupan yang cedera dikejarkan ke hospital |
Seorang pengunjung dikenali sebagai Ti, 40-an, berkata, kejadian berlaku berhampiran kedai elektrik berdekatan tempat letak kereta.
Menurutnya, ketika melalui kawasan berkenaan, pihak berkuasa tempatan sedang menyelamatkan penghuni hotel berkenaan.
“Sejam selepas kejadian saya melalui kawasan berkenaan untuk ke pasar pagi, tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang menyelamatkan penghuni di hotel berkenaan.
“Walaupun berlaku pengeboman di pekan Golok, tetapi urus niaga berjalan seperti biasa cuma orang ramai perlu mengelak ke kawasan kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tinjauan Sinar Harian di pintu masuk ke pekan itu mendapati orang ramai tetap berkunjung ke negara jiran.
Sinar Harian difahamkan, menjelang Ramadan, barangan dijual di Golok meningkat mendadak pada hari pertama umat Islam di negara itu menjalani ibadah puasa. -SH
1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Pas didakwa pengecut kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dalam pelbagai perkara termasuklah meninggalkan konsep negara Islam yang diper...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Arifin menunjukkan kecederaan di telinga kiri Aida yang masih memerlukan rawatan susulan, semalam. KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen Pasir ...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...



Kisah bom mengebom ni ..memang dah biasa dengan suasana di Thailand dan paling terkini apa yang berlaku di Kedai pagi Pekan Sungai Golok.
Sememangnya kita cukup bernasib baik kerana budaya ini tak menular kemari walaupun kita berjiran. Suasana aman seperti ini seharusnya dikekalkan dengan cara hormoni melalui intigriti yang ada. Dan sejarah membuktikan bahawa krisis hitam ini bermula di Takba hingga berlarutan ke hari ini.
Beberapa kedai terbakar hangus dan ada yang putus anggota badan...angkara siapa ??? Semuanya jadi teka-teki yang tak terjawab hingga ke hari ini kerana terlalu banyak provokasi dan andaian... Pakcu ada disana kerana kebetulan membeli keperluan untuk Ramadhan...panik..gerun dan takut...semoga ianya tak berlaku di negara kita ini....