
KAYUH BECA RM5 SEHARI... NIK AZIZ PERNAH BANTU??
“Kadangkala RM5 sehari pun ada,” luah warga emas, Baharom Ali, 65, ketika ditanya pendapatan hariannya sebagai seorang daripada lima penarik beca yang masih beroperasi di bandar Kuala Krai.
Baharom dari Kampung Jirat, dekat sini, berkata, pendapatan paling tinggi mampu diperolehnya selepas seharian mengayuh beca, adalah sekitar RM20 termasuk daripada pelanggan tetap.
“Paling tinggi boleh dapat RM20 hingga RM30, itu pun bila ada tambahan kerja punggah barang dan kalau tak, selalunya dapat RM5 atau RM10 sehari.
“Saya juga ada pelanggan tetap yang ulang-alik hantar barang ke pasar,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Guchil, Tuan Aziz Tuan Mat di pekarangan Pasar Besar Kuala Krai, kelmarin.

Tuan Ismail Raja Dollah.
Mat Daud Yaacob, 72, pula berkata, walaupun hanya dapat sekitar RM10 sehari pada hari biasa, dia terpaksa mengayuh beca separuh hari dan pulang ke rumah lebih awal pada Ramadan kerana pelanggan tidak ramai.
“Pendapatan kurang sikit bulan puasa sebab pelanggan tak ramai. Nasib baik ada pelanggan tetap, ada juga pendapatan walaupun tak banyak.
“Terima kasih kepada Tuan Aziz atas sumbangan ini. Sedikit sebanyak dapat ringankan beban ditanggung untuk Ramadan dan persiapan hari raya nanti,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Tuan Aziz berkata, sumbangan bagi membantu lima penarik beca yang masih bertahan di bandar ini selepas perkhidmatan itu mula diperkenalkan di daerah ini lebih 30 tahun lalu.
“Sumbangan bagi bantu penarik beca yang rata-ratanya warga emas untuk selenggara beca masing-masing, dan sebagai persiapan bagi menyambut hari raya tidak lama lagi,” katanya. -SH
1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
Nik Aziz beri lampu hijau Hadi tanding Pekan KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlime...
-
Pakar Kesihatan Nasihatkan Calon PRU-13 Jaga Kesihatan Semasa Berkempen KUALA LUMPUR Seorang pakar perunding kardiologi menyarankan cal...
...


Kurang gas membuat baulu
menjsdi keras serupa bantu
Pemimpin PAS apa tahu,
Raayat susah BN juga bantu.
Harapkan ceramah berdegar-degar
Burung tidur pun keluar sangkar
Dari mula ke akhir semuanya auta
Pengikut masih juga sedar.
Kalau hendak membuat ketupat
Yang baik itu diikut semua
Kalau nak buat Ibadat
Ikut rukun Islam yang lima