KERAJAAN PUSAT TIDAK PERNAH NAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN!!
Kerajaan Pusat Bersikap Telus, Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan
BACHOK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini, malam Ahad.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Berucap di hadapan lebih 20,000 orang penduduk Bachok, Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.
"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum... isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu, kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyakdi mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat.
"Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya.
Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu.
Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.
Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini, yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN.
Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok yang akan dimulakan pada tahun depan. -- BERNAMA
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KUALA KRAI, 14 Sept. -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO untuk bers...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kenyataan tegas dari Sdr Lokman Adam calon NKP Umno Malaysia - Sejak saya mengumumkan hasrat saya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pe...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format b...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Episod projek depu hasil dari ilham Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa memasuki siri yang ke dua setelah intro mengenai...
-
Mat Sabu: 'Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura' KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyok...
...

