Pelayan Kedai Warga Thailand Dituduh Merompak
KOTA BHARU – Seorang pelayan kedai makan warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merompak seorang wanita di Jalan Kuala Krai di sini, bulan lalu.
Tuduhan ke atas Asaman Sayeh, 27, dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu didakwa merompak Roslina Said, 45, dengan mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi buku bank di lokasi kejadian pada jam 1.45 pagi, 31 Ogos lalu.
Susulan tuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Dia yang diwakili peguam bela, Latifah Ariffin memohon jaminan dibenarkan, bagaimanapun, Hakim Azman Mustapha mengarahkan permohonan itu dibuat secara bertulis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.
Kes bersambung 7 November depan. SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


