PAS Pengecut, Jadi Perkakas DAP!!
Pas didakwa pengecut kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dalam pelbagai perkara termasuklah meninggalkan konsep negara Islam yang diperjuangkan sejak puluhan tahun kepada negara berkebajikan."
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas tidak perlu lari daripada isu sebenar sedangkan Umno tidak pernah mengatakan akan melaksanakan hukum hudud tanpa persetujuan semua pihak.
“Pas juga tidak melaksanakan hudud di Kelantan kerana takut setelah mendapat tentangan daripada DAP,” katanya.
Katanya, Umno adalah parti realistik yang memberi keutamaan kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang turut dituntut dalam Islam.
“Umno belum berkemampuan untuk melaksanakan hudud dan tidak timbul soal (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam isu ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengingatkan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan supaya jangan menuding jari menuduh Umno menikus apabila berhadapan dengan MCA dalam isu hudud.
“Saya fikir, lebih baik Pas meneliti semula kenapa mereka juga tunduk kepada DAP dan tidak perlu hanya menyalahkan Umno dan MCA berkenaan Islam,” katanya.
Fathul Bari berkata, bukan Islam tiada hak untuk merendah-rendahkan hukum hudud dan biarkan umat Islam sahaja yang berbicara mengenainya.
“Hudud adalah isu yang sangat jelas, tidak perlu dilaga-lagakan antara Umno dan Pas. Apabila umat Islam berpecah maka ada musuh yang akan mengambil kesempatan atas hukum tersebut,” katanya.
“Pada masa ini, kami masih dalam proses perbincangan bagaimana untuk memastikan Pas dan Umno bersatu demi Islam. Kita harus kembali kepada asas Islam iaitu ke arah penyatuan umat dan mengetengahkan dasar-dasar agama,” katanya.
Katanya, apabila ada kritikan dan nasihat yang baik saya boleh terima dan bersifat secara positif meskipun ada perbezaan pandangan.
“Pas dan Umno tidak boleh bersikap keras kepala dalam proses untuk membina pembaharuan dan perlu tinggalkan segala perselisihan faham yang pernah berlaku kerana dengan bersatu musuh akan hormat pada Islam,” katanya. SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi SINAR HARIAN 29 Disember 2012 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
RANTAU PANJANG: Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan pusat bulan ini. Timbalan Me...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
...


