Kerajaan PAS Kelantan Rugi RM700juta - Nik Aziz Perlu Jawab!!
Kerugian RM700 juta kerajaan negeri Kelantan berhubung projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan, Lembah Sireh adalah tanggungjawab Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Nik Aziz sebenarnya tidak mampu menggalas peranan sebagai Menteri Besar ekoran terlalu bergantung kepada timbalannya dan ketua-ketua agensi tertentu yang didakwa hanya ingin mengambil kesempatan di atas kelemahannya dalam pentadbiran.
“Dia (Nik Aziz) ini tidak ada pengalaman dari segi soal pentadbiran, pengurusan, nak berbicara soal pembangunan..dia hanya pandai berceramah agama.
“Seorang Menteri Besar, apatah lagi dalam dunia sekarang ini, dia mesti berupaya mentadbir dari segi pengurusan secara profesional, tahu hal pembangunan. Maknanya sekecil-kecil nak buat longkang pun dia tahu.
“Jadi Menteri Besar Kelantan ini tidak ambil kisah perkara-perkara begini. Dia lepaskan kepada timbalan, kepada ketua-ketua agensi tertentu..dan orang-orang ini pula pandai mengambil kesempatan,” tegas beliau.
“Yang bertanggungjawab (di atas kerugian tersebut) ialah Nik Aziz sendiri bila terlalu banyak fokus kepada politik, dan sudah dapat kuasa 23 tahun di Kelantan. Kita tengok macam mana dia mentadbir, perkara kecil pun boleh jadi masalah. Jadi macam mana nak mentadbir?
“Ini membuktikan betapa lemahnya pengurusan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah Menteri Besar, Nik Aziz,” katanya kepada Antarapos.
Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan kerajaan negeri Kelantan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila syarikat pemaju projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan, Liziz Standaco, gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual.
Sebanyak RM389.09 juta kerugian dicatat dalam bentuk sumbangan balas yang tidak ditunaikan oleh syarikat itu.
Manakala RM318.29 juta merupakan harga semasa kerana memindahkan milik tanah tersebut kepada syarikat dan bayaran RM4.07 juta bayaran daripada kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri jika tanah tidak dipindah milik.
Justeru, isu Projek Lembah Sireh ini tegas beliau seharusnya menjadi agenda perjuangan utama pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS Kelantan berbanding isu royalti petroleum.
“Duit royalti ini saya tak boleh bayangkan kalau mereka urus nanti ke mana perginya duit nanti sebab mereka tak pandai. Tengok Ladang Rakyat pun gagal..banyak perkara yang mereka buat gagal sebab mereka tidak fokus..mereka tidak ada inovasi, mereka tidak kreatif dan mereka tidak ada pengalaman," katanya lagi. -antarapos
1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi SINAR HARIAN 29 Disember 2012 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
RANTAU PANJANG: Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan pusat bulan ini. Timbalan Me...
-
Ketika kepulangan pasukan The Red Warriors disambut meriah oleh lebih 10,000 peminat meskipun dalam suasana hujan, lain pula yang berlaku...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
...



Amanah rakyat adalah yang akan disoal nanti di yaumi masyar bila kita gagal melaksanakan tanggung jawab bila kita ghairah untuk menjadi Amir..........walhaualam