Tanah Kubur Tinggal 20 Liang Lahad... Apa Ikhtiar YB PAS Pasir Mas??
Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Chenok dijangka penuh, kurang bulan dari sekarang. Tanah perkuburan yang dibuka sebelum merdeka ini, sempit dan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Penyelesaian kepada masalah ini, jawatan kuasa tanah kubur memohon bantuan orang ramai untuk menderma bagi membeli tanah perkuburan baru, berdekatan kawasan sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Pembelian Tanah Kubur, Muhammad Nor berkata, pihaknya berusaha mendapatkan tujuh lot tanah bersebelahan tanah kubur tersebut.
Menurutnya, pembelian tanah ini akan diwakafkan sebagai tanah perkuburan, bagi menambahkan keluasan tanah daripada 1.5 ekar kepada 2.5 ekar.
“Demi tujuan ini, kita memerlukan bantuan sebanyak RM250,000 sebagai bayaran tujuh lot tanah berkenaan,” katanya, semalam.
Sehingga kini katanya, mereka mempunyai sumber sebanyak RM67,300 atau 30 peratus nilai yang diperlukan.
Muhammad yang juga Imam Masjid Mukim Jenereh Tujuh berkata, pembelian tanah kurang satu ekar dengan keluasan 4,024 persegi ini, bersesuaian dengan keperluan penduduk di sini.
Selain itu katanya, ia dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan tanah kubur sehingga lebih 10 tahun akan datang.
Menurutnya, kawasan ini sudah dipenuhi 2,000 kubur, sejak dibuka puluhan tahun dahulu.
Beliau berkata, mereka menganggarkan kawasan yang tinggal, hanya dapat menampung 20 ruang untuk liang lahad...
.
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


