9 Pemain TRW Terima Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan
KOTA BHARU: Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-43.
Mengetuai senarai ialah penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Liga Super, Mohammad Ghaddar, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Turut terpilih, pemain tengah Kelantan dan kebangsaan, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan serta tonggak pertahanan, Mohd Farisham Ismail.
Sementara itu, pemain sayap lincah, Mohd Nurul Azwan Roya yang mengesahkan menyertai pasukan Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan juga turut terpilih menerima pingat tersebut.
Ini merupakan kali kedua Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan pingat kepada pemain bola sepak Kelantan setelah turut berbuat demikian pada perayaan ulang tahun keputeraan baginda tahun lalu.
Pemilihan sembilan pemain tersebut sebagai menghargai sumbangan mereka kerana membantu Kelantan meraih kejuaraan treble buat pertama kali dengan memenangi tiga trofi iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam kancah Liga Malaysia pada musim ini.
Malah Kelantan menjadi pasukan negeri kedua mencipta treble selepas Kedah di bawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah memenanginya sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2008.
Pada tahun lalu, Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim dan bekas Ketua Jurulatih, B Sathianathan dikurniakan pingat Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) oleh Sultan Muhammad V.
Selain itu, empat pemain diketuai Kapten, Mohd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid turut dianugerahkan Pingat Setia pada majlis sama tahun lalu.
Kesemua mereka dipilih di atas kejayaan membawa The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 2010 sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun untuk merangkul piala bola sepak paling berprestij di negara ini. -sh
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


