'Pau' Cina Khalwat... Exco Kelantan Diminta Beri Penjelasan
KOTA BHARU–Kerajaan Negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan dua remaja berbangsa Cina yang diminta memberikan sejumlah wang untuk mengelak dari didenda atas kesalahan berdua-duaan di dalam kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra baru-baru ini.
Bagi tujuan itu, Penasihat Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan, Jeff Lee Weng Chun berkata, pihaknya meminta Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan tampil memberi penjelasan bagi mengelak ia menjadi polemik yang berpanjangan.
“Dua orang remaja yang ditahan baru-baru ini diminta untuk memberi wang bagi melepaskan mereka dan mereka sendiri telah tampil membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya melibatkan kredibiliti penjawat awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa yang sama Jeff berkata, pihaknya turut meragui kesahihan notis saman yang diberikan kepada pasangan tersebut kerana ia dikeluarkan oleh individu berstatus pembantu tadbir dan bukan dari pegawai penguatkuasaan.
Dalam masa yang sama, Jeff mahu Kerajaan Negeri lebih bertoleransi kepada masyarakat bukan Islam Negeri dalam mengamalkan gaya hidup masing- masing.
“Jangan samakan apa yang orang Islam tidak boleh buat dengan orang bukan Islam boleh buat, ia dua perkara yang berbeza,” katanya.
Menurutnya, isu-isu seperti inilah yang akan menjadi buah mulut pihak lawan dan ini akan merosakkan imej Kerajaan Negeri, Pas dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Beliau bimbang isu tersebut jika tidak diselesaikan akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya tidak mahu perkara-perkara seperti ini menjejaskan sokongan pengundi untuk pilihan raya akan datang dan jika ianya tidak diselesaikan dan perkara ini masih terjadi, pelbagai masalah lagi akan timbul selepas ini,” katanya.
Sehubungan dengan itu katanya, beliau berharap wakil Kerajaan Negeri tampil untuk berbincang dengan Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan juga Gabungan Persatuan Cina Kelantan bagi merungkai terbabit.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MPKB, Fauzi Mat ketika dihubungi meminta pihak yang membuat dakwaan mengemukakan bukti sekiranya terdapat unsur rasuah dalam kakitangannya.
“Saya tidak percaya perkara itu berlaku, mungkin pegawai itu meminta pasangan itu melunaskan denda yang dikenakan, tetapi jika betul kemukakan bukti,” katanya.
Mengulas kewajaran menangkap pasangan bukan Islam, Fauzi enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Takiyuddin untuk membuat kenyataan.
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


