FUYYOO!! TOK GURU NAIK MERZ KETUAI KONVOI ROYALTI... IRONIK?
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengepalai Konvoi Royalti yang dianjurkan sebuah NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti).
Tuan Guru mengepalai hampir 150 buah kereta dan 50 motosikal berkuasa besar bergerak dari Kota Bharu pagi tadi menuju ke Gua Musang.
(Kenderaan Tuan Guru berada di hadapan mengepalai konvoi Royalti)
Konvoi akan melalui beberapa jajahan termasuk Keterah, Machang dan Kuala Krai sebelum tiba di Gua Musang.
Menurut kenyataan NGO Royalti hari ini, konvoi tersebut antara lain sebagai satu mekanisme Kempen Rakyat Kelantan yang memprotes tindakan Kerajaan Malaysia yang menyekat pembayaran royalti 5 peratus minyak dan gas Kelantan yang tunggakannya sejak 2005 yang kini berjumlah lebih RM7 Billion.
Ianya juga sebagai bantahan terhadap hasrat kerajaan yang ingin memindahkan gas yang berada di perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, PM325 dan PM 326B ke Kemaman, Terengganu dan Pekan, Pahang.
"Konvoi ini juga sebagai satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Negeri Kelantan terus kepada ‘grass root’ khususnya masyarakat di kawasan pedalaman negeri ini.
"Ini juga sebagai usaha Rakyat Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Titah Sultan Muhammad V pada Sidang DUN ke 12, hujung Disember 2011 agar gas didaratkan ke Kelantan," kata presidennya Nazri Deraman.
Selain itu, konvoi itu juga sebagai manifestasi dan simbolik rakyat Kelantan inginkan lebuhraya baru daripada Kota Bharu ke Gua Musang sejauh 180 kilometer.
Program yang dijadual memakan masa dua hari itu akan mengadakan program kemuncaknya di Gua Musang esok.
Di sana, mereka akan menganjurkan majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan dan penerangan berkenaan royalti kepada masyarakat Gua Musang.
Pada malamnya akan diadakan sesi perdengaran dua hala antara NGO Royalti dengan rakyat Gua Musang bagi menyampaikan maklumat dan mendengar apa yang rakyat mahukan sekiranya royalti dan gas diberikan kepada Negeri Kelantan. -harakahkahkah-daily
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


