POLIS KELANTAN TUBUH SKUAD PANTAU MERCUN
MACHANG: Polis Kelantan menubuhkan skuad khas untuk memantau penjualan mercun yang dilarang di premis perniagaan, bermula awal Ramadan hingga sambutan Aidilfitri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Lai Yong Heng, berkata setakat ini polis melakukan 10 tangkapan dan merampas pelbagai jenis mercun daripada peniaga yang ingkar.
"Semua balai polis di negeri ini juga diarah memantau premis perniagaan di kawasan masing-masing bagi mengekang penjualan mercun serta bunga api yang dilarang," katanya kepada pemberita selepas aktiviti turun padang di bandar ini, hari ini.
Pada majlis itu, 120 anggota dan pegawai polis melawat gerai serta premis perniagaan di bandar ini sambil mengedarkan risalah bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sokongan mereka dalam membantu polis mencegah jenayah.
Mengulas mengenai program itu, Lai berkata sejak dilaksana tahun lalu, indeks jenayah di Kelantan turun kerana kesedaran masyarakat semakin bertambah. - BERNAMA
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Seluruh Warga Akademik & Mahasiswa Daripada IPTA & IPTS Kecewa. 1) Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dgn pen...
-
Pas didakwa pengecut kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dalam pelbagai perkara termasuklah meninggalkan konsep negara Islam yang diper...
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulin...
-
Arifin menunjukkan kecederaan di telinga kiri Aida yang masih memerlukan rawatan susulan, semalam. KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen Pasir ...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


