LOMBONG EMAS HARAM - NIK AZIZ JANGAN LEPAS TANGAN!!
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cuba 'lepas tangan' dan mengelak daripada menjawab pelbagai isu termasuk aktiviti perlombongan emas secara haram yang dilaporkan berlaku di beberapa daerah di negeri ini.
Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak menyerahkan masalah tersebut kepada orang lain kerana setiap yang berlaku merupakan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar.
Malah katanya, adalah sesuatu yang aneh dan melucukan apabila Menteri Besar Kelantan itu sering meminta pihak media mendapatkan ulasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa mengenai pelbagai masalah termasuk skandal Syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) yang mengeluarkan dinar dan dirham Kelantan.
"Kenapa Menteri Besar nampak cuba mengelak menjawab perkara ini dan menjadi kebiasaan serta tabiat beliau apabila ada isu-isu seumpama ini, dia selalu cuba lepas tangan dengan mengatakan ini semua urusan Datuk Husam Musa, tanya Datuk Husam Musa.
"Sama juga mengenai KGT, dia kata tak tahu menahu, tak ada siapa beri taklimat, ini satu kenyataan aneh dan lucu sebab sebagai Menteri Besar dia kena tahu. Dia tahu KGT wujud.
"Kenapa dia tak minta laporan, dia tidak boleh tunggu untuk orang datang maklum kepada dia, kalau tidak, apa tugas dia sebagai seorang Menteri Besar kalau semua perkara tak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibrahim mengulas pendedahan Utusan Malaysia mengenai aktiviti perlombongan emas secara haram di beberapa daerah di negeri ini dan pada masa sama, Kelantan dianggap negeri miskin.
Mengulas lanjut, Ibrahim mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya mengusir semua pelombong terbabit atau membuat laporan polis sekiranya tidak berkemampuan untuk melakukan demikian.
"Kalau tidak lapor seolah-olah dia nak biar berlaku secara haram, kalau betul serius, kerajaan negeri sendiri buat laporan polis, sampai sekarang tak ada, apakah yang mendulang emas ini penyokong atau tali barut mereka atau syarikat yang ada kena mengena dengan mereka," katanya -UM
.
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


