PENGANGGUR UGUT BUNUH IBU DENGAN PISAU~!
Kota Bharu: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengugut ibunya menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Kampung Surau Bator, Bachok, bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd Ayub Mat Jusoh, 31, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik semalam.
Mohd Ayub didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Rahmah Botok, 64, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu kayu di sebuah rumah di Kampung Surau Bator pada jam 2 pagi, 13 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Yazid Yahya manakala tertuduh yang merupakan seorang penganggur tidak diwakili peguam.
Mohd Yazid menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 tetapi tidak ada sebarang rayuan dikemukakan olehnya dan Mohd Asri mengekalkan jaminan RM4,000 terhadap Mohd Ayub serta menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan kes. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


