ROYALTI MINYAK - HUSAM STAND-BY CALON LAIN RISAU TENGKU RAZALIEGH BUAT U-TURN!!
Selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan PAS Kelantan mempunyai calon lain yang difikirkan sesuai untuk menganggotai jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum bagi negeri-negeri di pantai timur.
Exco Kelantan, Datuk Husam Musa bagaimanapun berkata hingga kini kerajaan negeri masih belum membuat keputusan mengenai wakil mereka bagi menyertai jawatankuasa berkenaan.
"Sebenarnya selain Tengku Razaleigh, saya pun ada calon lain. Tapi kerajaan negeri belum memutuskan untuk menghantar wakil. Sehingga hari ini kita belum ada wakil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Sebelum ini Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri menyebut Tengku Razaleigh sebagai calon yang baik memandangkan veteran Umno itu merupakan bekas Pengerusi Petronas.
Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, yang bertujuan mengkaji secara adil dan telus berhubung bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri berkenaan.
Mengulas lanjut, Husam turut mempertikaikan salah satu objektif penubuhan jawatankuasa berkenaan iaitu bagi mengkaji kaedah pembayaran royalti tersebut.
"Bagi pandangan saya, kajian berkaitan hal ini tidak diperlukan kerana dalam Akta Petroleum 1974 kaedah pembayarannya sudah jelas iaitu bayaran tunai dibuat kepada negeri-negeri berkenaan tanpa apa-apa saluran lain," katanya. -mstar
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


