Bendera BN Dibakar - Seharusnya Tidak Terjadi Bawah Pemerintahan Islam PAS
KOTA BHARU - Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.
Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.
Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.
“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
“Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, menurut Pentadbir Mukim Dun Chempaka, Zainal Abidin Ibrahim, perkara terbabit berlarutan sejak Mac lalu dan paling teruk kelmarin, kejadian itu mengundang kesediaan dan kemarahan kami, memandangkan pihak terbabit sewenang-wenangnya membakar bendera BN yang kami pacakkan di kawasan itu.
“Kami amat memandang serius mengenai kejadian ini, sepatutnya perkara terbabit tidak berlaku memandangkan kita semua sudah mengecap kemerdekaan ke 55 tahun.
“Seharusnya kita mempunyai sikap yang lebih matang dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak mengikut perasaan sendiri,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Chekok, setakat ini pihak terbabit sudah menyerahkan perkara itu kepada polis.
“Kita tidak mahu melihat, generasi muda terikut-ikut dengan budaya ganas yang tidak mengikut norma kehidupan, lagipun kita dilahirkan sebagai golongan Melayu yang beragama Islam.
“Seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan kita merupakan sebuah negeri di bawah pentadbiran golongan Islam dan diharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, sehingga semalam pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...

