Kelantan Sepatutnya Sudah Maju - TPM
KOTA BAHARU: Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya hakikat bahawa Kelantan masih belum mencapai tahap kemajuan itu bukan sesuatu yang direka sebaliknya ia berdasarkan kepada penilaian pakar-pakar berkelayakan dalam bidang masing-masing.
“Sudah 22 tahun berlalu tetapi kemajuan itu masih belum tercapai. Ini realiti sebenarnya walaupun negara sudah mencapai negara maju dan menjadi contoh kepada negara luar.
“Tidak cukupkah 22 tahun ini? Apakah mahu menderita lagi? Ada enam bulan lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya. Buatlah perubahan. BN nak beri ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Kira-kira 20,000 orang hadir pada majlis tersebut.
Muhyiddin berkata beliau yakin rakyat Kelantan keseluruhannya sudah sedar tentang kesilapan mereka memilih PAS sejak 1990.
“Ada yang saya temui tanya saya bila pilihan raya nak diadakan. Mereka kata kami sudah tidak tahan lagi duduk bawah PAS. Kami nak pangkah BN pulak,” katanya.
“Tuan-tuan sudah dapat menilai. Dapat rasa pahit getir (berada di bawah PAS),” katanya.
Beliau berkata apa pun BN mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan Kelantan yang mana PAS merupakan kerajaan negeri tetapi yakin dengan senario yang berlaku kini, ia adalah tidak mustahil untuk dicapai.
Menurutnya setiap apa yang dijanjikan bagi pembaharuan itu, ia akan dimasukkan ke dalam manifesto khas pada pilihan raya umum akan datang, khusus untuk Kelantan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata apa yang perlu diperjuangkan BN antaranya masalah air yang turut membebankan pelajar sekolah di negeri itu.
“Saya tak nak lihat anak-anak kita sakit apabila minum air kotor. Masalah ini perlu diatasi,” katanya. - bernama

0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...