Keluar Pakatan Jika Sokong Hudud!!
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam isu hukum hudud.
Beliau mendakwa, tindakan berdiam diri kedua-dua pemimpin berkenaan hanya kerana tidak mahu kehilangan undi orang Melayu.
Tunku Abdul Aziz menegaskan, Kit Siang dan Guan Eng perlu bersikap lebih jujur dan ikhlas dalam menangani isu hudud dengan menyatakan pendirian menyokong atau menentang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat terutamanya penyokong DAP sendiri.
![]() |
| tunku aziz |
"Sebenarnya, DAP tidak mahu mengguris perasaan orang Melayu, takut kehilangan undi. Justeru, sehingga itulah, mereka akan memilih untuk senyap. Selepas menang barulah mereka akan sibuk menyatakan pendirian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas sikap Kit Siang dan Guan Eng yang tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung isu hudud.
Sikap mendiamkan diri kedua-dua mereka terus mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan akar umbi DAP.
Tunku Abdul Aziz berkata, pendirian anak-beranak itu yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mendiamkan diri daripada perjuangan asal demi mendapatkan undi Melayu semakin terserlah pada mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.
"Semua sedia maklum, DAP antara yang mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dipecat, namun sehingga kini mereka tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan kerana takut kehilangan sokongan daripada parti itu. Tindakan ini sudah mengundang kekecewaan rakyat yang mahukan jawapan sebenar," tegasnya.
Beliau turut mengkritik pimpinan tertinggi DAP yang membiarkan Karpal berjuang sendirian menentang hukum hudud walaupun majoritinya tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
"Sampai bila-bila pun Karpal akan bersendirian. Beliau harus sedar dengan agenda dimainkan oleh dinasti Lim yang lebih gemar bersembunyi dan membiarkan Karpal berjuang seorang.
"Semua orang tahu, agenda Pas dalam melaksanakan hudud tidak akan sesekali menjadi kenyataan terutamanya apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang habis-habisan. Bagaimanapun, mereka hanya berdiam diri kerana pilihan raya semakin hampir," tegas Abdul Aziz. -um
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
...



