#Belanjawan2013 - Rakyat Lega Kerajaan Faham Kesusahan Rakyat
MACHANG: Rata-rata penduduk di sini lega dengan pembentangan belanjawan 2013 yang disifatkan menyeluruh dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Kata mereka, dengan pelbagai bantuan yang disediakan kepada masyarakat umum termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan bantuan buku kepada pelajar universiti membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat tanpa mengira peringkat umur.
Seorang penduduk, Nordin Abdul Rahman,berkata, bajet yang diumumkan Jumaat lalu memberikan khabar gembira buat dia dan keluarga terutamanya apabila BR1M akan diteruskan.
Katanya, bantuan itu banyak membantu dia menampung perbelanjaan harian keluarga apatah lagi tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
“Saya percaya orang ramai gembira dengan berita tersebut terutamanya apabila orang bujang juga turut diambil kira pada belanjawan kali ini.
“Ia memang melegakan kepada orang kampung seperti kami semua.
“Pada masa yang sama, saya turut gembira apabila nasib rakan-rakan yang bergelar petani turut terbela dengan skim insurans padi yang diharapkan mampu menampung kerugian mereka jika berlaku sebarang kerosakan pada tanaman," katanya.
Sementara itu, Raja Hussin Raja Bidin, 60 berkata, belanjawan tersebut mengambil kira semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak pra sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, belia, wanita, tentera, bekas kakitangan awam, penduduk luar bandar dan bekas perajurit.
Katanya, pendekatan seumpama ini pastinya melegakan seluruh rakyat Malaysia yang mana secara langsung menjaga kebajikan dan mengutamakan rakyat.
“Belanjawan sememangnya ditunggu-ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan saya pasti ia penantian itu berbaloi dan melegakan semua pihak,” katanya.
Sementara itu, Zakaria Yaacob, 63, berkata, bajet 2013 antara belanjawan terbaik dan menyeluruh yang pernah dibentangkan.
Katanya, ia menyentuh dan dekat dengan hati rakyat Malaysia tanpa mengira siapa dan berapa umur mereka.
“Kami memang tidak sangka akan dapat BR1M sekali lagi dan sangat berterima kasih atas bantuan ini yang banyak memberi manfaat kepada orang kampung seperti saya," katanya. -SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...


