Kenapa PAS Perlu Minta Izin DAP Untuk Perjuangkan Islam??
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan mengapa PAS perlu mendapatkan keizinan DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam umpamanya, hudud.
Beliau juga mempersoalkan mengapa PAS tidak membuka ruang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti Islam yang lain, iaitu Umno untuk memastikan Malaysia benar-benar berjaya menjadi sebuah negara Islam.
"Mengapa PAS perlu bersama-sama dengan orang yang menjadi penghalang dalam usaha memartabatkan agama. Mengapa PAS perlu meminta izin dahulu daripada DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam.
"Perpaduan dan kesatuan ini sepatutnya didahulukan sesama muslim dalam konsep jadi mengapa perpaduan sesama muslim ini kita ketepikan. Sedang kita mencari perpaduan dan kerjasama yang ada agenda dan benci kepada Islam dan menolak agama Islam.
Fathul berkata, PAS seharusnya melupakan sengketa lama dan kembali melihat kelebihan yang ada jika kedua-dua parti itu bergabung.
"Jalan terbaik bagi kedua-dua parti iaitu PAS dengan Umno sebenarnya adalah saling bermaafan bagi memastikan usaha mengangkat kedudukan martabat Islam dijadikan agenda utama," ujarnya.
Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang semalam dalam ucapan dasar Muktamar PAS kali ke-58 berkata bahawa parti itu tidak memaksa jika ada perbezaan pendapat atau keputusan di antara komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah berjaya menjadi pemimpin kelak.
Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat sudah mencapai kata sepakat dan hudud akan dilaksanakan mengikut perlembagaan negara.
“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.
“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas, Khamis lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw bingkas memberi reaksi dan berkata beliau tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui Pakatan Rakyat.
Beliau kemudiannya menegaskan, DAP hanya menerima Islam sebagai agama rasmi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula hari ini menyifatkan kenyataan Harun itu sebagai nakal dan jauh terpesong.
Mengulas situasi itu, Fathul berkata, PAS akan lebih dipandang mulia jika parti itu menghentikan kerjasamanya dengan DAP.
"Biarlah PAS kekal dengan perjuangannya yang mulia daripada bersama-sama dengan DAP dalam Pakatan," tegasnya.
Fathul juga mengulas dakwaan Harun yang melabel ulama Umno 'jahat' dan 'fulus' ketika menyampaikan ucapannya pada muktamar yang dihadiri lebih 1000 perwakilan.
"Harun Taib sebagai ketua pemimpin Dewan Ulama sepatutnya menunjukkan sikap yang baik tanpa mengeluarkan kenyataan seperti itu.
"Bila dia (Harun Taib) kata ulama Umno jahat itu merupakan kenyataan rambang yang mungkin beliau bercakap dalam keadaan beremosi," jelasnya. -antarapos
Hudud Law
Not In Pakatan Rakyat Consensus Or Policy
-Anwar Ibrahim
Not In Pakatan Rakyat Consensus Or Policy
-Anwar Ibrahim
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


