Panas!! Harakah Kena Hentam Teruk Di Muktamar PAS!!
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kurang kredibal sebagai organ parti.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah dan Harakah Dailydilihat telah menyimpang daripada tujuan asal ia diwujudkan sebagai lidah rasmi parti itu.
Mengambil contoh isu perbalahan diantara pimpinan tertinggi parti dengan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, beliau berpendapat, Harakah tidak sepatutnya menyiarkan laporan tersebut kerana akan memberi impak yang negatif kepada parti.
"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dgn baik.
"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku sebagai suara rasmi parti.
"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, hari ini.
Beliau turut mendesak supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan supaya 'editorial' akhbar tersebut distruktur semula.
"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat menstruktur semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.
"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakah Daily supaya selari dengan dasar parti," katanya.
Usul yang dibawa Kamaruzaman mendapat sokongan kira-kira 600 orang perwakilan yang hadir.
Wartawan-wartawan Harakah dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja usul tersebut diluluskan.
- mD
1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kec...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi Majlis Syura Ulama Pas perlu diganti segera bagi mengelakkan kekeliruan serta ...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
...




Di Shah Alam & P. Jaya sudah mula diedarkan secara percuma.....ada juga yang menilak pemberian sambil melaungkan perkataan....Haram, haram fitnah....kahkahkah....