Banjir Di Kelantan Semakin Buruk
KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk apabila enam daerah mula dilanda bencana alam itu melibatkan 465 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sehingga jam 6 petang tadi.
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.
Di Tanah Merah, 119 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke Madrasah Becah Palas Lubuk Agor, SK Bukit Panau dan Dewan Padang Kijang apabila kediaman mereka di Kampung Lubuk Agor, Kampung Batu Karang, Kampung Cap Rimau dan Kampung Padang Kijang mula dinaiki air.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa dipindahkan adalah 58 orang melibatkan 14 keluarga apabila Kampung Tasek dan Pengkalan mula dinaiki air. Mangsa dipindahkan ke SK Bukit Awang dan SRK Kamil bermula malam kelmarin.
Di Pasir Mas, 49 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke Madrasah Haji Daud dan SK Baruh Pial apabila kediaman mereka dinaiki air.
Di Machang, empat orang dari satu keluarga terpaksa dipindahkan ke Madrasah Sungai Mas apabila kediaman mangsa di Kampung Sungai Mas dinaiki air malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata, Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain di paras amaran.
Beliau berkata, keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebooknya meminta rakyat berwaspada dengan keadaan tengkujuh dan menjaga keselamatan anggota keluarga, terutama kanak-kanak.
Beliau turut meminta agensi berkaitan dan wakil rakyat peka keperluan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka terbabit. SH
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.
Di Tanah Merah, 119 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke Madrasah Becah Palas Lubuk Agor, SK Bukit Panau dan Dewan Padang Kijang apabila kediaman mereka di Kampung Lubuk Agor, Kampung Batu Karang, Kampung Cap Rimau dan Kampung Padang Kijang mula dinaiki air.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa dipindahkan adalah 58 orang melibatkan 14 keluarga apabila Kampung Tasek dan Pengkalan mula dinaiki air. Mangsa dipindahkan ke SK Bukit Awang dan SRK Kamil bermula malam kelmarin.
Di Pasir Mas, 49 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke Madrasah Haji Daud dan SK Baruh Pial apabila kediaman mereka dinaiki air.Di Machang, empat orang dari satu keluarga terpaksa dipindahkan ke Madrasah Sungai Mas apabila kediaman mangsa di Kampung Sungai Mas dinaiki air malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata, Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain di paras amaran.
Beliau berkata, keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebooknya meminta rakyat berwaspada dengan keadaan tengkujuh dan menjaga keselamatan anggota keluarga, terutama kanak-kanak.
Beliau turut meminta agensi berkaitan dan wakil rakyat peka keperluan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka terbabit. SH
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


