DINAR/DIRHAM KELANTAN SEKADAR BARANG PERHIASAN BIASA...
Dirham atau dinar emas Kelantan tidak boleh dijadikan mata wang selagi ia tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat atau Bank Negara.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tersebut, dinar emas hanyalah barangan perhiasan biasa seperti gelang, rantai dan cincin emas.
Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu dinar emas perlu diletakkan di bawah ulil amri negeri iaitu sultan atau pun baitulmal, selagi ia tidak diluluskan Bank Negara.
"Kita kena faham negara kita ada mata wang, jadi sebarang benda yang hendak dijadikan wang perlu bertaraf mata wang, jadi apakah dinar yang ada ini sudah bertaraf mata wang.
"Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang, ia hanya seperti barang perhiasan lain. Untuk dijadikan mata wang, ia tertakluk kepada undang-undang negara, mata wang kita terletak pada Bank Negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn. Bhd., Nik Mahani Mohamad supaya dinar dan dirham diletakkan di bawah sultan atau baitulmal bagi mengelak ia disalah guna untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.
Isu dakwaan salah laku tersebut timbul selepas penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT.
Ekoran itu, gabungan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa menjelaskan dakwaan mengenai salah laku tersebut.
Pada 12 Ogos tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan melancarkan mata wang syariah dirham dan dinar emas Kelantan.
Mohamad Shukri berkata, persoalan sama ada dinar atau dirham perlu diletakkan di bawah sultan pada masa sekarang tidak timbul selagi ia tidak diiktiraf sebagai mata wang oleh Bank Negara.
"Yang saya bimbang adalah berlaku eksploitasi sehingga mencetuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa harga dinar emas Kelantan mempunyai susut nilai sebaik sahaja bungkusan plastiknya dibuka, beliau berkata, persoalan tersebut perlu diajukan kepada KGT.
"Masyarakat kena tanya kenapa susut, sepatutnya ia terletak pada nilai pasaran bukan buka atau tidak buka bungkusan plastik. Sekiranya ia tidak tertakluk pada pasaran tetapi kerana buka, maka ia mungkin ada unsur penipuan," katanya. UM
0 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini. Utusan Malaysia d...
-
Umno Kelantan juga bersedia menyerahkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 untuk ditapis terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
-
Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdu...
-
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda temp...
-
Pesanan kepada anak2 muda Pasir Mas yang berminat untuk bekerja di Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) daripada Ketua Pemuda UMNO Pasir...
-
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang ...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
UMNO tak setuju Israel serang Palestin... agaknya Nik Aziz sanggup arahkan Unit Anal PAS pergi serang Palestin! Cakap dah asyik meraban...
-
terima kasih kepada portal SGB kerana telah mengeluarkan senarai terkini ranking blog pro-BN. syukur blog Persada Pasir Mas tel...
...


