PREMIS TUAK MASAM DI KOTA BHARU TERBONGKAR
KOTA BHARU - Tindakan licik pemilik premis menggunakan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan aktiviti haram menjual arak dan tuak masam di Kampung Cina, di sini, akhirnya terbongkar apabila berjaya dikesan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Setiausahanya, Mohd Anis Hussein berkata, mereka menggunakan cara tersebut bagi mengesan sama ada orang yang datang ke premis itu adalah pelanggan tetap ataupun anggota penguat kuasa yang menyamar.
“Kebiasaannya mereka hanya berurusan dengan pelanggan tetap sahaja kerana hanya golongan tersebut yang tahu jenis arak dan tuak masam yang dijual. Lebih licik lagi mereka menggunakan tingkap khas dan tidak membukai kedai sepertimana peniaga lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa operasi bersepadu di sini, semalam.
Turut serta dalam operasi tersebut ialah anggota penguat kuasa MPKB-BRI, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Kelantan (Jaheik).
Menurutnya, sebanyak lima kediaman dan satu kedai di kawasan tersebut dikesan menjalankan aktiviti tersebut tanpa permit yang sah hasil daripada
pemantauan serta aduan daripada orang ramai yang mencurigai aktiviti itu.
Mohd Anis berkata, hasil daripada serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas ratusan bungkusan yang berisi tin serta botol arak dan beberapa tong air yang digunakan untuk memproses tuak masam bernilai RM70,000.
Beliau berkata, lima pemilik kediaman berumur antara 54 hingga 80 tahun ditahan manakala seorang lelaki Melayu yang berusia 30an juga ditahan semasa sedang membeli arak dan diserahkan kepada Jaheik untuk tindakan selanjutnya.
“Jumlah keseluruhan rampasan tidak dapat dikenal pasti lagi kerana pihak kami menyerahkan kepada KDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Katanya, kesemua pemilik premis tersebut disabitkan kesalahan undang-undang perniagaan, Akta Eksais 1976 dan Akta Kastam 135 (1) (d). -SH

1 comments:
TUKAR!! 20 TAHUN DOH...
...
.
PAKAT BACO DEH!!
-
1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Keti...
-
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...
-
PM Umum Tujuh Projek Untuk Kelantan mstar KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia...
-
Kepada yang berada sekitar Putrajaya & Lembah Klang hari ini diharap hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.00 pagi nanti sebagai...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...
-
To get the attention of Umno Youth’s 75,000 voting delegates at the party elections, two candidates vying for the post of movement deputy...
-
KOTA BHARU 16 Jun - Masa depan generasi muda di Kelantan akan hancur sekiranya masih memberi kepercayaan kepada Pas untuk terus memerinta...
-
Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut berse...
-
Semalam, dua pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan kekesalan melalui akaun Twitter masing-masing bila seorang guru ...
-
KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ...
...

Tak cukup dengan naik perahu seberang Sg.Kolok, permintaan tuak masam Kelantan nampaknya meningkat.Masaalah pil kuda dan jenayah berat semakin meningkat dan mendapat liputan dimedia am. Kita harap kerajaan kurangkan politik dan ambil berat tentang keruntuhan nilai akhlak.Istilah Serambi Mekah kena jaga, jangan jadi bahan jenaka pulak.